Isu penoreh getah: Umum RM200 juta, kutip lebih

- Advertisement -

PAS melihat peruntukan sebanyak RM200 juta bagi membangunkan sektor getah di seluruh negara bersifat umpan ‘gula-gula’ menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar  (LATAS) PAS Pusat,  Muhammad  Sanusi Md Nor mendakwa, seperti biasa kerajaan meluluskan peruntukan tersebut dan menjadikan ianya modal untuk memancing undi.

Namun di sebalik pengumuman itu katanya, saban tahun kerajaan memungut cukai Perintah Lembaga Getah Malaysia (Ses) 1999 iaitu sebanyak14 sen dariapda  setiap sekilo getah yang dihasilkan di negara ini. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Jelasnya, sebanyak 10 sen untuk tanaman semula getah dan empat sen lagi untuk penyelidikan.

“Pengeluaran getah tahunan pula katanya sekitar satu juta tan (1 tan 1000 kg x 4 sen x 1,000,000).
Selama puluhan tahun memungut Ses dan jumlah peruntukan untuk research yang terkumpul,  apa yang sudah dihasilkan daripada  dana sebesar itu,” katanya semasa dihubungi Harakah, 2 November lalu.

Semasa berada di Alor Setar, 1 November lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak  di petik  Bernama, sebagai berkata, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk beberapa insiatif khusus bagi pembangunan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Katanya sektor berkenaan akan diberi nafas baharu melalui beberapa langkah tertentu antaranya membangunkan infrastruktur moden supaya penoreh dapat menghasilkan lateks berbanding getah beku ‘cuplumps’.

Mengulas lanjut Sanusi berkata. sehingga sekarang,  kadar Dried Rubber Content (DRC) dalam getah sekerap dari ladang hanya berdasarkan anggaran oleh pengilang dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) menerima pakai sahaja anggaran itu.

Beliau berkata, ia adalah isu besar di mana penoreh tidak dapat maklumat dan menjadi penerima buta tuli produk ladang mereka.

“Kami difahamkan ada kajian menghasilkan tolok pengukir DRC sebenar dan DRC dalam getah para penoreh ia tidak digunapakai.  Apakah sebabnya?  Untuk apa dana besar jika hasil kajian tidak dipakai?

” soalnya sambil berkata, isu sebenar dalam industri getah  ialah harga komoditi di ladang,” katanya.

Malah bidasnya, kadar caj memproses sekerap menjadi SMR20 oleh pengilang dan tiada siapa yang  mengawalnya.

Beliau berkata, pemberian benih sudah termasuk dalam bantuan tanaman semula yang diambil daripada cukai ses yangg dikumpulkan oleh agensi selama 25 tahun.

Malahan katanya jumlah ses terkumpul bagi setiap hektar untuk tanamaan sema lebih besar daripada bayaran tanaman semula setiap yang dibayar kepada pekebun kecil atas  yang dinama ‘bantuan tanaman semula’ bagi setiap hektar.

Bayaran itu pula katanya dalam bentuk  barangan (benih dan baja) dan semuanya dicaj,  bukan percuma.  

“Kerajaan buat untung dalam urusniaga ini dan infra yang dimaksudkan mungkin jalan tar ke kebun getah, ia bukanlah faktor utama penentu harga, dakwanya.{/mprestriction}

- Advertisement -