Rekreasi Gunung Senyum terbiar

- Advertisement -

PUSAT Rekreasi Gunung Senyum yang menjadi tumpuan orang ramai di hujung minggu kini terbiar tidak terurus dan sepi.

- Advertisement -

Lebih menyedihkan lagi kemudahan termasuk chalet, jambatan gantung dan tanaman-tanaman herba terbiar begitu sahaja.

seorang pengujung, Suhaimi Latif berkata, keadaan itu jauh berbeza berbanding sebelum ini, di mana ia sering menjadi tumpuan orang ramai.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Katanya, dahulu Pusat Rekreasi Gunung Senyum sentiasa dikunjungi ramai pengunjung datang beriadah bersama keluarga dan bermalam di situ.

“Suasananya menarik, aman dan nyaman. Dahulu saya sering datang dan mengadakan pelbagai program,” katanya yang juga pesara Jabatan Kesihatan ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya juga kekurangan peruntukan menjadi punca kenapa pusat rekreasi berkenaan gagal diselenggara Jabatan Hutan.

Selain itu kekurangan promosi juga menjadi punca ia tidak dikunjungi orang ramai.

“Elok tempat rekreasi tersebut diswastakan atau diurus pihak yang berminat,” katanya. {/mprestriction}

- Advertisement -