Jualan Amal di Pasar Siti Hajar dapat sambutan

- Advertisement -
PASIR PUTEH: Program jualan amal ikan dianjurkan Dewan Usahawan Negeri Kelantan (Duke) dan Jabatan Amal Pasir Puteh berjaya menarik orang ramai ke Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh.
 
Presiden Duke, Mohd Zaki Zakaria berkata, sebanyak satu tan pelbagai jenis ikan dijual sempena pembukaan operasi Pasar Siti Hajar.
 
Katanya, Duke memperuntukkan sebanyak RM8,000 bagi menjayakan program dua hari bermula hari.
 
“Jualan amalan hari ini kita berjaya mengutip sebanyak RM6,000 pulangan, walau pun program tersebut tidak menjurus kepada keuntungan.
 
“Kami mengambil inisiatif bagi menarik orang ramai ke Pasar Siti Hajar.
 
“Orang ramai yang datang dapat melihat sendiri keadaan Pasar Siti Hajar yang jauh lebih selesa tidak sebagaimana digambarkan pembangkang,” katanya di Pasir Puteh.
 
Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh, Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, usaha dilakukan Duke dan Jabatan Amal amat dihargai bagi mempromosikan Pasar Siti Hajar.
 
Beliau berharap perpindahan peniaga ke pasar baru berjalan lancar bagi mematuhi hasrat kerajaan negeri untuk membantu menyediakan ruang perniagaan yang lebih selesa. – HARAKAHDAILY 3/11/2017
- Advertisement -