Ustaz Ansory Bustanul Ariffin kembali ke rahmatullah

- Advertisement -
SEPANG: Mudir Pondok Bustanul Arifin, Ustaz Haji Ahmad Ansory @ Khairul Muin Morshid telah disahkan meninggal dunia tepat jam 12.01 malam tadi setelah koma beberapa hari di Hospital Putrajaya.  
 
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS), Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan bersama rombongannya dari Ahli Lajnah Kebajikan DMPNS telah turut serta menziarahi isteri dan keluarga almarhum serta menunaikan solat jenazah.
 
Urusan pengebumian telah dibuat pada jam 10.00 pagi di mana solat jenazah telah diimamkan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan disertai oleh ribuan ulama, ahli dan pimpinan PAS dari pelbagai peringkat, muallim dan pelajar pondok tersebut serta ahli keluarganya.
 
Almarhum Ustaz Ansory merupakan pengasas pondok Bustanul Arifin di Kampung Labohan Dagang, di sini yang menerima pelajar dari pelbagai latar belakang untuk ditarbiah kembali termasuklah penagih dadah.
 
Almarhum juga seorang yang aktif berdakwah dan bergerak dengan PAS semasa hayatnya, serta merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepang. 
 
Warga DMPNS merakamkan takziah kepada keluarga almarhum dan sama-sama mendoakan agar almarhum ditempatkan bersama golongan yang soleh dan beriman. – HARAKAHDAILY 2/11/2017
- Advertisement -