Tarik balik anugerah

- Advertisement -

PAS mencadangkan anugerah pingat kehormat negeri atau persekutuan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam perlakuan jenayah atau disabit kesalahan rasuah ditarik balik.

- Advertisement -

Penerima-penerima pingat begini bukan sahaja mencemarkan nama baik Sultan atau Yang di-Pertuan Agong yang menganugerahkan pingat kebesaran tersebut, bahkan gagal membawa nilai baik dari anugerah tersebut.

Setiap bintang kebesaran negeri atau persekutuan mempunyai nilai yang tinggi dan mesti dipelihara.

Penerima sewajibnya mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan ia mesti mempamerkan akhlak terpuji.

Malangnya apabila mereka terlibat dalam perlakuan jenayah atau tindakan samseng, ia telah merosakkan nama baik Tuanku Sultan atau Yang di-Pertuan Agong yang menganugerahkan pingat itu.

Cadangan ini akan menjadikan penerima pingat kebesaran akan memelihara akhlak dan perlakuan, dan mampu menjadi contoh kepada orang ramai.

Bahkan, PAS juga mencadangkan agar saringan lebih rapi dan ketat perlu diadakan bagi memastikan bakal penerima-penerima anugerah adalah daripada individu yang selayaknya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
2 November 2017 – HARAKAHDAILY 2/11/2017

- Advertisement -