Satu undi boleh ubah kerajaan – SPR

watikah
- Advertisement -

TERENGGANU antara negeri paling rendah jumlah pemilih yang layak mengundi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

- Advertisement -

Pengarah SPR Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, di negeri tersebut hanya 4.7 peratus daripada 35,996 jumlah pengundi yang layak belum mendaftar.

Katanya jumlah itu sangat sedikit berbanding negeri-negeri lain.

“Namun sikap tidak mahu mendaftar tidak wajar kerana setiap satu undi itu amat berharga dan boleh mengubah sesebuah kerajaan.

“Senario pada waktu ini dua undi sahaja boleh menukar sebuah pentadbiran kerajaan. Satu undi juga boleh mengubah kedudukan seseorang wakil rakyat,” katanya pada taklimat Penolong Pendaftar Pemilih di sebuah hotel di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau juga berkata, statistik warga negara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas sehingga suku kedua 2017 seramai 757,834 orang layak mengundi. – HARAKAHDAILY 2/11/2017

- Advertisement -