BERIKUTAN isu seorang lelaki bekas pemimpin cawangan MIC atas isu gangguan seksual baru-baru ini, Sekretariat DHPP Pusat membuat suatu laporan polis.
“Berdasarkan rakaman perbualan tersebut didapati bahawa dia bukan sekadar melakukan gangguan seksual malah juga telah mengadakan hubungan seksual dengan beberapa pelajar sekolah menggunakan kedudukannya,”
Lelaki tersebut dikatakan seorang guru dan menggunakan kedudukannya terhadap seorang wanita dan anaknya.
Justeru, Ustaz Datuk Idris Ahmad, Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Ketua DHPP Pusat N. Balasubramaniam JP Dewan Himpunan Penyokong PAS DHPP), Ketua DHPP Negeri dan AJK DHPP membuat laporan polis terhadap individu ini membuat lapoan polis di IPD Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur, tengah hari ini.
Pelaku sebegini perlu dihadapkan muka pengadilan dan perlu dijatuhkan hukuman berat supaya kesalahan yang jijik sebegini tidak berulang.
Sekretariat DHPP Pusat juga memohon rakan-rakan Parti lain, NGO dan individu-individu supaya membuat laporan polis dan membawa plaku ke muka pengadilan. – HARAKAHDAILY 2/11/2017