Buah itu dari pohonnya

URAJ
- Advertisement -

SETIAP parti ada dasarnya dan setiap parti akan berjuang mengikut dasarnya, begitu juga jika sekiranya jika diberikan mandat untuk memerintah, pasti pemerintahannya akan berdasarkan kepada dasar yang diperjuangkannya.

- Advertisement -

Atas sebab inilah saya berada di dalam PAS, meskipun pimpinan PAS silih berganti, dari Presidennya hinggalah kepada Jawatankuasanya, namun dasar PAS tetap tidak pernah berubah, Islam tetap menjadi dasar yang diperjuangkan oleh PAS sehingga kini.

Meskipun kucah segila lautan Hindi melanda, bahtera PAS berkocak membuai setinggi langit, badai fitnah menghempas ganas bahtera PAS, sehingga ada yang loya kepeningan dan berjeluak muntah, ada yang tercampak dan tidak kurang juga yang memilih terjun dari kapal, namun Bahtera PAS tetap berlayar kearah destinasinya.

Semua ini adalah kerana meyakini bahawa al-Qur’an dan Hadis adalah petunjuk arah yang paling tepat dan tidak mungkin akan menyesatkan meskipun destinasi itu masih belum kesampaian. Dengan hasrat, cita-cita dan harapan yang tinggi disertai dengan keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT PAS terus bertegas mempertahankan dasar perjuangannya.

Perjuangan sangat memenatkan, alangkah sia-sianya jika ianya tiada diredhai oleh Allah SWT, nak mendapat redha Allah SWT mesti buat apa yang Allah SWT kehendaki walaupun manusia tidak menyukainya, kerana itulah berjuangan yang memenatkan ini mesti ditegakkan diatas dasarnya yang diredhai oleh Allah SWT iaitu Islam.

Jika yang ingin ditegakkan itu adalah Islam maka dasar dan binaannya juga mestilah Islam. Pernah saya dalam satu program Tarbiyyah sekitar tahun 90-an, saya tak ingat siapa yang menjadi naqib pada ketika itu, beliau membaca satu syair Arab “buah itu dari pohonnya” ia membawa kepada maksud “buah durian hanya akan datang keluar dari pohon durian, tidak mungkin dari pohon yang lain”.

Untuk tegakkan Islam mesti melalui jalannya iaitu jalan yang telah ditunjukki oleh Allah SWT dan dipandu oleh Rasulullah SAW, jangan ikut jalan sendiri nanti sesat entah kemana, atas keyakinan ini PAS Istiqamah pertahankan dasar perjuangannya. – HARAKAHDAILY 1/11/2017

 

- Advertisement -