Solat hajat boleh timbulkan huru-hara?

- Advertisement -

ADAKAH menunai solat hajat di bangunan milik PAS boleh menimbulkan huru-hara, soal Ketua Penerangan Pemuda Kelantan, Nazman Che Ibrahim.

- Advertisement -

Beliau berkata, penyokong PAS hanya akan mengadakan solat hajat di tanah milik mereka yang dibeli secara sah mengikut undang-undang.

“Ahli dan penyokong PAS hanya mahu solat hajat di tanah milik Badan Perhubungan PAS negeri.

“Ia umpama kita solat di rumah kita sendiri, tetapi tiba-tiba ada jiran membuat laporan polis mengatakan akan berlaku huru hara. Ini agak menghairankan,” katanya di sini.

Parti Amanah Negera (PAN) Kubang Kerian membuat laporan polis ekoran hasrat PAS mahu mengadakan solat hajat di Pejabat Pusat Khidmat Dun Salor di Kampung Pendek, 16 November ini.

Ketua PAN Kubang Kerian, Fauzi Muhammad dilapor mendakwa hasrat PAS itu berbentuk provokasi yang boleh menggugat keamanan dan huru-hara.

Hartanah yang menempatkan Pusat Khidmat Dun Salor dan PAN di mukim Pendek kini dijual oleh pemiliknya.

Pemiliknya, isteri arwah Ahmad Rosli Ibrahim, Haripah Dollah menjual hartanah terbabit pada harga RM700,000 kepada PAS Kelantan.

Urusan pindah milik selesai 18 September lepas dan berikutan itu notis dikeluar pejabat peguam bagi membolehkan mereka yang berada di bangunan di situ mengosongkannyaa dalam tempoh sebulan.

Notis pengosongan ditampal di pagar bangunan itu pada 12 Oktober lepas. – HARAKAHDAILY 31/10/2017

- Advertisement -