Ikuti nasihat, bukan jejak bapak…

- Advertisement -

Titipan Seorang Pesara (4)

- Advertisement -

BARU-BARU ini saya ke Sabah; alhamdulillah sempat saya berkenalan dan berceloteh panjang dengan seorang bekas pegawai tinggi pendidikan Negeri di Bawah Bayu itu.

Sebagai pesara berusia 77 tahun, begitu banyak ilmu dan pengalaman yang alhamdulillah beliau sudi berkongsi bersama saya dan apabila pada akhir pertemuan saya memberitahu beliau saya seorang penulis, beliau tidak berkeberatan jika saya berkongsinya bersama pembaca. Namun beliau meminta agar namanya tidak dinyatakan.

Nasihat pertama beliau adalah untuk semua tetapi ditujukan khas kepada pegawai kerajaan termasuk guru. Katanya, dalam hidup jangan sombong dan membangga diri. Namun penyakit ini menular di kalangan pegawai tinggi…mereka “eksyen” dengan jawatan, pangkat dan gaji besar mereka dan ramai kurang mesra dan tak mahu bercampur gaul dengan anggota masyarakat.

{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

“Namun saya ‘respect’ (hormat) seorang Pengarah Pelajaran Sabah (beliau menyatakan nama tokoh itu yang sekarang sudah bersara)…orangnya sungguh ‘down to earth’ (tawaduk)…bayangkan apabila ke sesebuah sekolah jika dilihatnya murid dan guru sedang mengangkat meja dan kerusi, beliau bersama-sama mengangkat meja dan kerusi.

“Sampai sekarang pun saya amat-amati beliau disanjung dan dihormati. Ke mana saja beliau pergi, ada orang menyapanya. Orang terus menghormati dirinya sekalipun jawatan dan pangkatnya tidak ada lagi.

“Namun saya ada kenal pegawai tinggi lain. Masa berkuasa bukan main lagi dia tunjuk belang. Garang semacam. Memanglah ketika itu orang tunduk dan hormat padanya.

“Tetapi apabila pencen, apabila tidak ada lagi kedudukan dan kuasa, orang buat tak peduli, buat tak tahu saja padanya. Ke mana dia pergi nampaknya dia bersendirian. Di masjid duduk sorang-sorang’ di kedai makan pun makan sorang-sorang. Nampaknya macam tak ada orang nak sapa dia. Itulah dulu orang tunduk padanya sebab dia ada kuasa, apabila tiada kuasa orang buat tak tahu saja sekalipun mungkin mereka kenal dia.”

Banyak lagi diceritakan bekas pegawai tinggi pelajaran Sabah ini mengenai dunia pendidikan terutama mengenai masa depan anak-anak yang akhlak mereka amat merosot sekarang ini, tetapi tak dapat saya celotehkan di sini kerana ruang terhad; cuma saya mahu mendedahkan satu “rahsia kehidupan” yang apabila beliau bercerita, terpesona saya dibuatnya!

Apabila pesara itu berkata, beliau mempunyai 12 orang anak, terbeliak biji mata saya dibuatnya. “Oh, ramainya,” tanpa disedari perkataan itu terpancul dari mulut saya.

“Sebenarnya anak-anak ini bukan daripada seorang ibu; isteri saya empat orang, sekarang ini ada tiga orang kerana isteri paling tua sudah meninggal dunia…” jelasnya membuatkan saya begitu kagum padanya.

“Ada empat isteri rupanya…hebat, hebat dia ni, ada orang satu isteri pun tak dapat kontrol,” hati saya berbisik. Bagaimana agaknya dia mendidik anak-anak seramai 12 orang itu?

Pesara pendidikan ini memberitahu saya jika guru berhadapan aneka cabaran dalam mendidik anak-anak murid agar menjadi insan berguna, sebagai bapa apatah lagi dengan jumlah anak ramai yang boleh dibentuk sebuah pasukan bola sepak, dia menghadapi masalah sama malah lebih berat lagi.

“Untuk membentuk anak-anak agar ‘jadi manusia’ perlu banyak pengorbanan, saya tidak sunyi daripada memberi nasihat kepada mereka. Terlalu kerap…ada anak yang ambil perhatian ada yang tidak.

“Anak-anak yang ‘tak makan saman’ (nasihat) saya gunakan pelbagai kaedah untuk menyedarkan mereka sehingga ada ketika saya menggunakan ungkapan ini kepada mereka – ‘anak-anak, tolonglah sekurang-kurangnya ikutlah nasihat bapak tetapi jangan pulak kamu ikut jejak bapak (iaitu kahwin banyak)!'”

{/mprestriction}

- Advertisement -