Bajet 2018: Sampai bila SAR harus di anak tiri?

- Advertisement -

PERSOALAN saya adakah dinyatakan secara jelas ddan spesifik peruntukan untuk sekolah agama rakyat yang semakin mendapat tempat dihati rakyat beragama Islam. SABK adalah sekolah  yang dibina oleh kerajaan juga sebahagian seperti di Selangor SABK dibina oleh kerajaan negeri.

- Advertisement -

Berbeza dengan Sekolah agama rakyat, segala galanya diuruskan oleh rakyat sendiri. Daripada tanah, kos bina bangunan sekolah dan infrastruktur dan kemudahan serta emolumen  guru dan staff, logistik, keselamatan. Semuanya ditanggung dari poket rakyat.

SAR bukan sahaja pondok atau tahfiz tetapi terdiri dari sekolah Integrasi yang mengamalkan sistem syumul dan kaffah yang menggabungkan keperluan kejayaan dunia hingga akhirat. Jenis sekolah sebegini tidak disebut langsung secara khusus dalam bajet selama ini. Kerajaan mahu bertopeng atas peruntukan SABK dan tahfiz untuk rakyatnya yang memilih pendidikan berorientasikan agama.

Seolah-olah tanggungjawab mereka sudah selesai. Dengan kebangkitan kesedaran rakyat bahawa sistem dualisme warisan penjajah gagal membentuk peribadi Muslim yang berkesan menjalani kehidupan maka semakin ramai, ibubapa Muslim memilih sekolah berorientasikan sistem Rabbani.

Memang mereka mempunyai hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara seperti ibu bapa yang mahu memilih jenis yang mereka yakini keberkesanannya.

Di manakah kerajaan Malaysia meletak kumpulan ibu bapa prihatin, walaupun golongan minoriti Muslim di skala prioriti bajet tahunan terutama 2018. Adakah golongan ibu bapa futuristik ini terus tercicir daripada perhatian dan perkiraan kerajaan pusat.

DR HALIMAH ALI
Timbalan Pengerusi
Lajnah Pendidikan Pas Pusat. – HARAKAHDAILY 31/10/2017

- Advertisement -