Fun Ride Bukit Gantang lasak tapi santai

- Advertisement -
BUKIT GANTANG: Seramai 460 orang peserta menyertai program kayuhan ‘Fun Ride’ Bukit Gantang anjuran Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang pada 29 Oktober yang lalu.
 
Program riadah santai tersebut memberi peluang kepada peserta menikmati keindahan suasana persekitaran kampung Bukit Gantang.  
 
Pelepasan peserta seawal jam 8 pagi telah disempurnalan oleh Yang Dipertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman.
 
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad turut bersama pada acara tersebut membabitkan kayuhan lasak secara santai sejauh 35 kilometer dengan pelbagai landskap alam.
 
Walaupun aktiviti itu berkonsepkan santai dan bukan nya pertandingan, namun sambutan diterima daripada kalangan peminat sukan berbasikal amat menggalakkan. HARAKAHDAILY 30/10/2017
- Advertisement -