Terima kasih semua kerana bantu PJ PAS Sarawak

BantuPJS
- Advertisement -

SETINGGI-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas kemurahan hati rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang agama, bangsa dan politik yang memberikan sumbangan ikhlas meringankan beban Pesuruhjaya PAS Sarawak merangkap YDP PAS Kawasan Miri Tuan Haji Jofri Jaraiee () sekeluarga yang baru-baru ini ditimpa musibah rumah kebakaran.

- Advertisement -

Semalam rombongan pimpinan PAS Negeri Sarawak dan PAS Kawasan Miri menziarahi beliau di lokasi rumah yang terbakar di Kampung Luak, Miri, Sarawak bagi menyampaikan sumbangan terkumpul yang diterima. Beliau sangat terharu dan menyampaikan rasa bersyukur beliau atas kebaikan semua penderma budiman.

Buat masa ini Haji Jofri sekeluarga menumpang menginap di rumah adik beliau di Kampung Lembah Hijau, Miri dan selepas ini akan berpindah ke sebuah rumah keluarga terdekat. Perancangan jangka panjang, rumah yang terbakar akan dirobohkan dan sebuah rumah baru akan diusahakan dibina di atas tanah tersebut.

Penghargaan khas kepada semua yang memberikan sumbangan: PAS Pusat/ Negeri/ Kawasan/ Dewan-Dewan, Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal Sarawak Cawangan Miri, Persatuan Bulan Sabit Merah Miri, Muslim Care Malaysia, Yayasan Amal Malaysia, Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS Pusat, Persatuan Melayu Miri, Persatuan Kedayan Bekenu, Persatuan Belia Kampung Luak, Persatuan Peniaga Pasar Malam Saberkas Miri, JKKK Kampung Luak, Masjid Darul Istiqamah Kampung Luak, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN dari parti politik kerajaan dan pembangkang, serta semua pertubuhan, persatuan, orang perseorangan dan sesiapa sahaja yang memberi bantuan kewangan, sokongan moral, semangat motivasi dan doa kebaikan.

Semoga Allah menerima segala amalan kita semua dan dipermudahkan segala urusan kehidupan. – HARAKAHDAILY 29/10/2017

BantuPJS

- Advertisement -