Gema baiah tegakkan Islam di Kedah

- Advertisement -
KUALA KEDAH: Baiah ikrar dilafazkan 15,000 anggota Jentera Pilihan Raya PAS Kedah untuk mendokong syariat Islam, beristiqamah serta bekerja bersungguh-sungguh menggapai kemenangan Islam.
 
Taat setia itu diungkapkan penuh semangat pada Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam.
 
Malam penuh bersejarah itu menyaksikan kehadiran luar jangka melebihi sasaran di mana hampir 80 peratus terdiri dari golongan muda.
 
Sebelum itu program dimulakan dengan pemeriksaan pembarisan oleh 36 kontinjen mewakili setiap Dun dalam negeri Kedah. 
 
Pemeriksaan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man diiringi Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.
 
Para peserta juga diberi suntikan taujihat perjuangan yang disampaikan oleh Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan dan Dr Fakhruddin sendiri.
 
Memontem ditunjukkan oleh Jentera Pilihan Raya PAS Kedah itu menjadikan himpunan berkenaan antara terbaik berbanding himpunan lain yang pernah berlangsung di negeri itu.
 
Selain itu, pada malam keramat tersebut juga tiga tokoh utama di Kedah mengisytiharkan penyertaan bersama PAS. – HARAKAHDAILY 29/10/2017
- Advertisement -