Daun ceri ajaib sukar dipercayai?

- Advertisement -

MEMANG saya tidak percaya! Macam mana minum air rebusan pokok ceri tempatan (ada yang kata namanya pokok kekup) ini boleh menyembuhkan penyakit diabetis (kencing manis), ubat penyakit kencing manis, gout, menurunkan paras kolesterol dan penyembuh sakit jantung?

- Advertisement -

drsuhazeli2Fanpage Nasihat Ustaz Kazim itu bukan akaun facebook rasmi beliau. Segala perkongsian dalam fanpage tersebut tidak dapat disahkan kebenaran. Malah isu keajaiban buah ceri pun tiada sebarang pembuktian atau kajian asas. Bahkan mana mungkin ujian kolesterol dalam badan bolehdibuat sepantas 15 minit! Ajaib sungguh mengalahkan makmal tercanggih dunia. Kami di makmal perubatan paling kurang ambil masa setengah hari untuk buat ujian darah kolesterol. Walaupun ada alat combo-kit untuk ujian kolesterol di lapangan, tetapi ianya tidak tepat. Amat tidak percaya juga saya dengan dakwaan kononnya rebusan daun ceri ni penyembuh kencing manis. Kencing manis adalah sejenis penyakit yang kronik dan progresif, tiada istilah sembuh. Tetapi gula dalam darah boleh dikawal dengan gaya hidup sihat dan ubatan. Begitu juga dengan sakit jantung, gout, darah tinggi dan pelbagai lagi. Tulisan tersebut sebenarnya tidak memahami keseluruhan konsep penyakit dan bagaimana cara perawatan.

Dunia perubatan tidak boleh lari dari pembuktian sesuatu itu sama ada berkesan, berkualiti dan selamat digunakan. Ini kerana ia melibatkan dakwaan penyembuhan kepada penyakit yang menyerang manusia. Jika hanya dakwaan kosong, ia akan memberi harapan palsu kepada pesakit. Akhirnya akan menjadikan penyakit mereka semakin parah dek kerana mengambil perawatan yang karut-marut.

Katakan, andai sekiranya sesuatu bahan itu mempunyai nilai perubatan, KKM telah menubuhkan satu unit khusus bagi mensahihkan dakwaan. Boleh kemukakan bukti keberkesanannya ke unit TCM berkenaan. Unit Traditional & Complementary Medicine (TCM) dan Badan Berkuasa Ubatan akan melihat serta menyelidik bahan yang terkandung dalam sesuatu ubatan herba tadi.

Sekian, semoga bermanfaat.

Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli

- Advertisement -