Bajet 2018 hanya indah didengar

- Advertisement -

AHLI Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan menyifatkan pembentangan bajet 2018 hanya indah didengar pada hari pembentangan dan rakyat senyum lebar selepas mendengar pelbagai angka yang bakal dinikmati walau hanya seketika.

- Advertisement -

nasrudin3Menurut beliau, ia berikutan saban tahun Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai ketirisan, kerugian, pembaziran, perbelanjaan yang tidak bijak dan sebagainya malah situasi seperti ini masih belum ada kesudahannya.

“Saya bukan bersikap prejudis terhadap bajet yang dibentang, tetapi dalam masa yang sama, bajet juga jangan sekadar menjadi alunan muzik klasik untuk menghibur dan mendodoi pendengar sahaja, tetapi tidak pernah memberi nilai kepuasan yang sebenar dan kekal lama.

“Insya-Allah, kami akan mengambil bahagian secara aktif, kritis dan konstruktif dalam perbahasan bajet sepanjang sidang parlimen kali ini. Untuk menilai secara terperinci mengikut sektor-sektornya. Pasti sahaja nanti ia terbuka kepada pro dan kontra.

Sikap kita mudah, yang baik untuk negara dan rakyat kita sokong. Sementara yang tidak memulangkan manfaat kepada negara dan rakyat, kita bantah, kritik dan tegur kerajaan melalui perbahasan di parlimen kelak,” katanya memberi pandangan awal selepas pembentangan bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.

Tambah beliau, seperti biasa PAS akan mendengar dan berbincang dengan pakar ekonomi terlebih dahulu mengenai bajet 2018 sebelum menentukan sikap terhadap Bajet 2018. – HARAKAHDAILY 27/10/2017

- Advertisement -