PAS Kelantan tanding semua kerusi

- Advertisement -

PAS Kelantan akan meletakkan calonnya di semua kerusi di negeri itu termasuk yang pernah menjadi milik PKR sebelum ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pihaknya memutuskan untuk bertanding tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan PKR.

Tegasnya, ini kerana parti tersebut sudah tidak bekerjasama lagi dengan PAS.

“Kali ini kita tidak ada pembahagian kerusi kerana PAS tidak perlu lagi berbincang dengan sesiapa termasuk PKR.

“Untuk itu kita akan meletakkan calon di semua kerusi,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS bersedia berhadapan saingan tiga penjuru termasuk PAN dan DAP sekiranya parti berkenaan turut bertanding.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

“Sesiapa sahaja boleh bertanding di Kelantan dan kita akan berdepan dengan mereka termasuk DAP.

“Dia (DAP) nak bertanding tak ada masaalah, itu hak dia,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/10/2017

- Advertisement -