PAS bantu rakyat Pahang miliki rumah

- Advertisement -

PAS memberi tumpuan khusus untuk menyelesaikan isu rumah yang menjadi hambatan rakyat berpendapatan rendah sekarang.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, memiliki rumah sendiri menjadi impian semua orang khususnya pasangan yang baru berumahtangga.

Namun katanya, harga rumah yang tinggi sekarang tidak memungkinkan rakyat mampu memiliki rumah sendiri.

“Isu rakyat memiliki rumah menjadi keutamaan kepada PAS Pahang. Ini sebagai agenda perjuangan kita sekiranya diberi mandat rakyat mentadbir Pahang.

“Isu berkenaan dimasukkan dalam manifesto PAS Pahang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi,” katanya di Kuantan.

Beliau juga berkata, peningkatan harga rumah sekarang tidak selari dengan pendapatan rakyat.

Menurutnya juga ada kajian menggambarkan Malaysia menduduki tangga ke-15 yang mencatat kenaikan harga rumah kediaman tertinggi. – HARAKAHDAILY 26/10/2017

- Advertisement -