PAN, Umno bergabung isu Pasar Siti Hajar

- Advertisement -

BIARPUN Parti Amanah Negara (PAN) bermatian mendakwa PAS mahu bekerjasama dengan Umno, namun di peringkat bawah parti serpihan itu didapati menjalani hubungan akrab dengan Umno.

- Advertisement -

Isu Pasar Baru di Pasir Puteh Sentral dan Lembah Binjai membuktikan jalinan kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.

Ahli Majlis, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Mohd Sabri Yusoff berkata, Umno terbukti bekerjasama dengan PAN bagi memperjuangkan isu Pasar Siti Hajar.

Katanya, mereka terlibat secara tidak langsung di sebaliknya keengganan segelintir peniaga berpindah ke pasar baharu.

“Kira-kira 40 peratus daripada 500 peniaga tidak mahu berpindah kerana terpengaruh dengan dakyah dimainkan oleh kedua-dua parti berkenaan.

“Sedangkan 60 peratus peniaga pasar lama bersetuju berpindah ke pasar baharu. Pemimpin politik tampil melambat-lambatkan pemindahan peniaga.

“Sengaja mereka mencari modal politik bagi meraih simpati pengundi menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi,” katanya di Pasir Puteh.

Pasar baharu dibina di Pasir Puteh Sentral oleh MDPP memandangkan pasar lama tidak lagi sesuai dengan pertambahan jumlah penduduk. – HARAKAHDAILY 26/10/2017

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

- Advertisement -