Kelantan ketengah pemakanan, perubatan Sunnah

- Advertisement -

DASAR Membangun Bersama Islam (MBI) yang digembleng di Kelantan sejak 1990 bukan sahaja memberi tumpuan aspek pentadbiran, sebaliknya diperluas kepada aspek pemakanan.

- Advertisement -

Hari ini berlangsung Karnival Pemakanan dan Perubatan Sunnah dianjurkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Tahun ini merupakan tahun ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Dato’ Abdul Fattah Mahmood berkata, diharap program itu dapat dikembangkan sebagai aktiviti tahunan di peringkat negeri.

Katanya ia juga boleh dipromosi pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjadikan program tersebut sebagai teras kepada mana-mana karnival.

“Kita berharap pendidikan mengenai kepentingan sunnah disebarluas sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program berkenaan di Kota Bharu.

Karnival Pemakanan dan Perubatan Sunnah diadakan bermula hari ini sehingga Sabtu. Ia diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. – HARAKAHDAILY 26/10/2017

toyyiba

- Advertisement -