Bajet: Bagaimana nasib rumah PGBF?

Foto hiasan.
- Advertisement -

DUA bulan lalu, Warga Felda dikejutkan dengan pengumuman khas  ‘durian runtuh’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Julai.

- Advertisement -

Pengumuman tersebut disambut baik semua pihak, dan dalam masa yang sama ia menandakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah hampir tiba.

Dengan habuan yang agak besar itu Umno mengharapkan peneroka Felda akan terus menjadi benteng akhir mereka untuk berkuasa dan terus menerus menyeleweng selain membiarkan rasuah berleluasa.

URMDRM5000 yang diberi kepada peneroka mungkin telah habis digunakan, apatah lagi dalam keadaan tekanan kos sara hidup kini yang melambung, ditambah jika ada anak anak generasi kedua Felda yang menjadikan wang itu sasaran untuk menagih simpati ibu dan ayah mereka sebagai penerima, ini masalah sosial yang biasa berlaku di Felda. Lupakan sementara isu itu.

Bagi kami di GENERASI, pengumuman itu penanda aras bahawa Umno terpaksa memberi umpan besar-besaran buat fixed deposit mereka iaitu Felda yang mana mereka mungkin boleh menguasai lebih 50 kerusi Parlimen yang membabitkan Felda.

Itu insentif awal PM sebagai umpan pilihan raya. Untungnya peneroka dapat, dan masih ada saki baki peneroka yang tidak memilikinya atas sebab tertentu.

Esok Bajet 2018 akan dibentang. Pastinya beberapa pengumuman akan dibuat tidak terkecuali jika merasakan perlu, warga Felda akan dapat limpahannya.

Namun harus diingat bahawa perkara lebih penting adalah isu yang telah kami bangkitkan sebelum ini iaitu beberapa projek besar bawah Felda yang telah memangsakan warga Felda di samping penipuan besar dalam isu hasil warga Felda.

Suka kami ingatkan bahawa Umno BN yang menerajui negara masih tidak menyelesaikan lagi isu perumahan generasi kedua Felda yang dicanang selama ini.

20,000 unit rumah yang dijanjikan sebelum ini masih lagi tidak siap, malah bajet tambahan telah diperuntukkan bagi menyelesaikannya.

Projek PGBF ini menelan belanja bilion Ringgit sejak tahun 2012 dan telah melepasi jangkaan masa siap iaitu tahun lepas.

Setakat ini RM1.4 Billion peruntukan awal bagi 20,000 unit rumah, dan tambahan RM300 juta diumumkan kemudian.

Pada zaman Tan Sri Isa Samad menerajui Felda pelbagai janji ditabur bagi rumah PGBF  ini namun hingga Isa tiada, isu  ini masih tidak selesai.

Kami pasti bahawa selepas satu desakan dari pihak kami, maka Umno akan bertindak mengumumkan pula peruntukan tambahan buat perumahan PGBF itu sama ada dalam Bajet 2018 atau pengumuman menjelang PRU14.

Cuma sebagai anak generasi kedua dan ketiga Felda, kami ingin bertanya PM apakah akan ada pengumuman khas mengenai langkah menyiasat sebarang unsur rasuah, penyelewengan dalam kes PGBF ini atau nanti kami pula akan membawa ke SPRM untuk mendesak badan itu mengadakan siasatan ke atas seluruh projek PGBF.  

Isa telah pergi, ditahan kemudian atas siasatan kes Felda. Namun dia telah bebas dan tiada lagi kedengaran isunya dibicarakan. Namun sebagai rakyat yang prihatin, kami mendesak PM mengumumkan status terkini kes Isa Samad ini.

Kami ada asas, melihat kes kes pembangunan luar bandar dimana beberapa nama besar dalam Pemuda Umno dan bekas orang kuat Umno di Sabah ditahan, apakah dalam kes membabitkan Felda ini maka  kebimbangan di pihak kami adalah mungkin unsur yang sama berlaku dalam PGBF.

Kami  mengharapkan siasatan dibuat pihak berwajib sebelum kami ke SPRM.

USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden Generasi
26 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 26/10/2017

- Advertisement -