Artis perlu ambil berat isu rahsia rumah tangga

- Advertisement -

PERNIKAHAN suatu adalah saluran fitrah dan melibatkan tanggungjawab kepada pasangan masing-masing. Namun mutakhir ini, masih ramai yang tiada matlamat dalam perkahwinan termasuk di kalangan artis dan pasangan muda.

- Advertisement -

Ada yang melihat pernikahan tempat menyelesaikan kepuasan seks semata, sedangkan pernikahan disyariatkan untuk membina ikatan sah, memelihara syahwat secara halal, melahirkan keturunan jelas, memastikan sistem bekeluarga dan membina jalur kehidupan secara lebih teratur.

Seakan menjadi ‘trend’ bila membicarakan soal artis dan sealirannya, maka dunia perkahwinan ini umpama ‘tempat bersuka-suka’ yang mana pengakhirnya adalah perceraian, sensasi dan gosip-gosip liar.

{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

HusnaMengulas isu ini, Pengarah Ameerah Malaysia, Husna Hashim melihat pentingnya artis mengambil berat dan mempertahankan institusi perkahwinan kerana mereka menjadi perhatian dan contoh masyarakat umum.

Beliau berkata, artis juga perlu fokus untuk menjaga rahsia rumah tangga daripada dirobek oleh ‘penjahat’ media sosial

Ini kerana, perkahwinan sebenarnya anugerah terindah dari Allah sebagai satu penyelesaian terbaik untuk menyalurkan fitrah serta melatih sifat bertanggungjawab dalam diri setiap ahlinya.

Setiap manusia katanya, perlu sedar dan faham, perkahwinan suatu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

“Peranan sebagai suami juga bapa, peranan seorang yang bergelar isteri juga ibu, peranan anak-anak semua akan dipersoalkan kerana Islam menggariskan bidang tanggungjawab bagi setiap ahli untuk membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah,” ulasnya.

Katanya, nilai penghayatan agama dalam memahami tanggungjawab dan peranan yg perlu dimainkan oleh setiap ahli sesebuah keluarga bakal menyelamatkan daripada api neraka.

Inilah motivasi utama yang perlu ada dalam membentuk keluarga Islam yang sebenar dan kata Husna lagi Islam mengajar agar maruah rumah tangga dijaga sebaik mungkin oleh setiap ahlinya.

Bagi beliau, ia termasuklah dari sudut merahsiakan kerahsiaan keluarga, menjaga aib ahli keluarga serta tidak dibicarakan di khayak.

Kerana itu katanya, setiap permasalahan dalam keluarga, Islam memberi jalan penyelesaian terbaik dari sekecil perkara sehingga masalah besar.

Contohnya penggunaan orang ketiga bagi membantu menyelesaikan masalah. Hatta, penceraian juga menjadi jalan terakhir yang dianjurkan jika tali pernikahan itu membawa kepada kezaliman kepada pasangan.

“Namun, ia bukanlah penyelesaian mudah kerana ia merupakan perkara halal yang sangat dibenci oleh Allah,” tegasnya.

Jadi katanya, institusi rumah tangga seharusnya menjadi institusi yang dipandang tinggi.

Media massa pula katanya sewajarnya lebih fokus memaparkan kisah-kisah positif rumah tangga yang bahagia agar menjadi trend ikutan masyarakat.

Beliau berkata, bukan hanya mengejar kisah kontroversi bertujuan menaikkan rating berita sedangkan di akhirat kelak semua tulisan itu akan dipersoalkan di hadapan Allah dan akan menerima hukuman.

Menurutnya lagi, berubah ke arah minda membentuk masyarakat penyayang, menularkan kisah-kisah inspirasi dan memberi nasihat agar golongan muda khususnya akan terbudaya dengan budaya membentuk keluarga sejahtera.

{/mprestriction}

- Advertisement -