Yahudi Dunamah dan faktor kejatuhan Uthmaniyah

- Advertisement -

KETIKA zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah, wujudnya golongan Yahudi Dunamah yang menduduki tanah-tanah penempatan orang Islam.

- Advertisement -

Kemasukan mereka ke tanah umat Islam bermula sejak era pemerintahan Sultan Bayazid al-Thani.

Mereka dikenali sebagai kaum Yahudi yang kembali kepada hidayah, dengan erti kata yang lain mereka kembali menganut ajaran Islam.

Dengan sebab ini, sultan pada masa itu membenarkan mereka masuk dan menetap di Turki.

Yahudi Dunamah mempunyai cita-cita untuk memiliki tanah Palestin tetapi dihalang keras oleh Sultan Abdul Hamid. Oleh itu, menjatuhkan Uthmaniyah menjadi keutamaan dalam menuju cita-cita yang terpendam sekian lama.

Menyedari akan kekuasaan khilafah Islamiah, golongan Yahudi Dunamah melakukan perjanjian dengan sultan untuk bernaung di bawah Uthmaniyah dan mendapat perlindungan dari kerajaan.

Berpura-pura

Mereka berpura-pura memeluk Islam dan ajaran mereka juga sangat menekankan aspek luaran agar sentiasa dilihat soleh dan menunjukkan ketaqwaan di khalayak ramai bahkan mereka juga rela untuk berpuasa pada bulan Ramadan.

Mereka mengikuti segala adat dan budaya masyarakat Islam di Turki dan menguasai bahasa tempatan dengan baik.

Dengan mempunyai imej luaran yang baik dan soleh tiada siapa yang dapat menghidu pergerakan mereka. Sedangkan dalam masa yang sama mereka diam-diam bekerjasama dengan Zionis. Mereka berusaha gigih dalam membentuk kerangka gerakan Zionisme.

Golongan minoriti juga memainkan peranan dalam menjatuhkan Uthmaniyah. Mereka adalah golongan Yahudi dan Armenia.

Pada awalnya golongan Armenia mempunyai hubungan baik dengan sultan. Mereka memberi kerjasama yang baik dan memberi sokongan kepada kerajaan.

Ada di kalangan mereka yang memegang jawatan dan posisi di dalam pentadbiran negara. Mereka juga menguasai media dan akhbar pada ketika itu.

Kerjasama jaringan Yahudi

Namun mereka telah terpengaruh dengan idea nasionalisme dan propaganda yang dimainkan oleh orang-orang Yahudi.

Yahudi Dunamah pula mendapat sokongan dari Yahudi di seluruh pelosok negara. Yang lebih menguatkan lagi golongan ini ialah penyokong mereka terdiri dari golongan kaya yang terlibat dengan perniagaan besar, perubatan dan jawatan besar lain.

Mereka memainkan peranan yang sangat penting dari sudut kemasyarakatan, kebudayaan, politik dan ekonomi. Dalam masa yang sama segala maklumat disalurkan melalui jalan belakang kepada negara Barat dan Zionis.

Peluru musuh yang sentiasa diulang-ulang

i.Peluru 1

Yahudi Dunamah mewujudkan sentimen nasionalisme di kalangan umat Islam. Mereka memainkan isu perkauman dan kebangsaan sama ada Turki, Arab, Kurdi dan lain-lain. Menjadikan rakyat tidak lagi bersatu di bawah satu payung. Rakyat dibeza-bezakan mengikut bangsa masing-masing.

ii.Peluru 2

Mereka menggunakan propaganda, media dan akhbar untuk memburukkan dan menjatuhkan imej kerajaan. Akhbar-akhbar kerajaan yang dikuasai oleh orang Armenia telah memanipulasi kenyataan-kenyataan dari sultan. Segala pembawaan kerajaan tidak diketengahkan kepada rakyat.

Musuh ambil kesempatan

Setelah melihat perpecahan yang berlaku, negara Barat mengambil kesempatan dengan memainkan isu untuk melemahkan Othmaniyah.

Mereka menjadikan golongan Armenia sebagai boneka untuk menyerang kerajaan. Sebagai contoh dalam isu golongan Armenia enggan membayar cukai dan kerajaan telah mengambil tindakan ke atas mereka.

Media Barat mencipta fitnah bahawa Kerajaan Othmaniyah telah membunuh golongan Armenia secara besar-besaran kerana golongan ini berasal dari agama Kristian.

Waspada

Melihat kepada faktor di atas, menjelaskan kepada kita bahawa kejatuhan daulah Othmaniyah bukan sahaja berpunca dari kelemahan pemerintah tetapi didorong oleh faktor lain seperti penyelewengan agama Islam, khianat, ancaman dalaman dan ancaman luar.

Kerajaan Turki Othmaniyah telah berjaya dikuasai dari dalam oleh orang-orang Yahudi Dunamah yang diasaskan oleh Sibatay Zevi. Setelah beliau meninggal dunia, gerakan ini diteruskan oleh generasi Dunamah seterusnya Kamal Atartuk. Seorang general yang memegang jawatan tinggi di sektor ketenteraan.

Usaha dan pengharapan

Kita mesti menjaga kesatuan yang telah terbina. Ikhlas dan itqan sangat ditekankan dalam bekerja. Tidak mudah terpengaruh dengan faktor keduniaan.

Penyakit lurus bendul dan malas berfikir juga perlu dirawat. Semangat bekerja yang tinggi perlu didorong dengan ilmu dan kefahaman.

Dengan realiti kecelaruan yang berlaku zaman ini, Allah pujuk kita dengan ayat 104, surah an-Nisa, yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu, kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu, sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” – HARAKAHDAILY 25/10/2017

- Advertisement -