Tendong FC julang Piala Menteri Besar

- Advertisement -

TENDONG Stable FC muncul juara kejohanan bola sepak Piala Menteri Besar 2017 apabila mengatasi pasukan Dun Panchor dengan sepakan penalti.

- Advertisement -

Pada perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV baru-baru itu, pasukan Dun Tendong berjaya mengalahkan Dun Panchor dengan agregat 4-3.

Babak-babak cemas sepakan penalti terpaksa dilakukan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan 1-1. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Hadiah kepada pemenang disampaikan Menteri Besar, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Turut hadir pada perlawanan akhir itu Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, anggota Exco, Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Adun Tendong, Rozi Muhamad dan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes), Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Sementara itu Rozi merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Dun Tendong kerana muncul sebagai juara kejohanan tersebut, sekaligus merangkul Piala Menteri Besar.

“Tidak lupa saya juga merakam ucapan tahniah kepada pasukan Dun Panchor kerana muncul sebagai naib juara,” ujarnya. {/mprestriction}

- Advertisement -