DHPP sokong titah Sultan Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara ini dalam masa yang sama memperkukuhkan bahasa ibunda adalah perkara yang harus dikuatkuasakan di setiap sekolah-sekolah vernakular di negara ini bagi memastikan perpaduan kaum di negara ini terpelihara.

- Advertisement -

Menyokong titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr Balachandran G Krishnan berkata sebagai rakyat negara ini semua kaum harus menghayati dan menguasai bahasa Malaysia.

“Semua kaum juga masih boleh menghayati bahasa ibunda mereka, tetapi kalau dia menguasai Bahasa Malaysia itu lebih baik namun dalam masa yang sama tidak boleh tinggalkan bahasa ibunda mereka. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5”}

Untuk menyatupadukan kaum itu, mungkin guna satu bahasa sahaja di mana kita semua adalah penutur dalam Bahasa Malaysia, tetapi jangan sampai mereka menguasai Bahasa Malaysia sehingga mereka lupa bahasa ibunda mereka,” katanya.

Beliau berkata, mengeratkan perpaduan kaum tidak semestinya menggunakan bergantung kepada alatan komunikasi bahasa semata-mata bahkan masih terdapat banyak elemen positif yang boleh diserapkan dalam pendidikan di pelbagai jenis sekolah di negara ini sebagai perantara untuk mengukuhkan perpaduan sesama kaum.

“Kalau kaum lain dapat menguasai bahasa Malaysia dengan baik tetapi medium tersebut gagal mencapai matlamat untuk eratkan perpaduan antara kaum mungkin boleh jadi sedemikian kerana jati diri dan semangat cintakan negara harus ada dalam setiap warga negara ini.

Pada saya, kita harus lebih matang dan menggunakan pendekatan yang pelbagai dengan memastikan pendekatan yang digunakan dapat menterjemahkan matlamat sebenar kekalkan keharmonian negara dalam kalangan generasi yang berbilang kaum ini untuk memelihara keamanan negara,” katanya. {/mprestriction}

- Advertisement -