Bahasa Malaysia wajib di sekolah Vernakular

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) berpendapat keseimbangan dalam memberikan hak kepada Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah vernakular akan mencetuskan integrasi antara kaum apabila pelajar sekolah vernakular telah tamat pengajian di sekolah.

- Advertisement -

Menurut Ketua Eksekutif Makpen, Zai Mustafa berkata bagi merealisasikan titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang mahukan sekolah vernakular wajibkan pelajarnya menguasai Bahasa Malaysia beberapa matapelajaran di sekolah tersebut perlu juga diajar dalam Bahasa Malaysia.

“Kita cadangkan supaya matapelajaran tertentu seperti Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda mereka, untuk mereka cepat menguasai subjek tersebut tetapi beberapa subjek lain seperti Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni, Sivik dan sebagainya diajar dalam Bahasa Kebangsaan.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5”}

Ini akan melahirkan keseimbangan penggunaan bahasa di sekolah sekaligus memecahkan tembok halangan atau keadaan pengasingan kepada pelajar dari sekolah vernakular yang berpindah masuk ke menengah kebangsaan,” katanya.

Tegas beliau, Akta pendidikan 505 juga jelas memperkatakan bahawa pendidikan yang ingin dilaksanakan dalam apa jua keadaan sekalipun mestilah memberi keutamaan kepada Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia dalam sesi Pengajarah dan Pembelajaran (P&P).

Selain itu, menurut beliau adanya sekolah vernakular di negara ini adalah bukan bertujuan untuk memperkasakan Bahasa Mandarin, Tamil semata-mata tetapi ia dilaksanakan bertujuan memudahkan kaum Cina dan India untuk menguasai dan maju dalam pendidikan.

“Tanggapan segelintir pihak yang mengatakan apa guna ada sekolah vernakular kalau masih nak guna Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perantara dalam P&P adalah tanggapan yang tidak benar, kerana sekolah vernakular diadakan bertujuan mempermudahkan kaum ini maju selain memelihara bahasanya agar tidak luput,” katanya.{/mprestriction}

- Advertisement -