Apa Adun wanita boleh buat…?

- Advertisement -
 
PUCHONG : `Apa Adun wanita boleh buat…?’ Inilah ejekan Pemuda Umno kawasan Puchong kepada Adun Sri Serdang, YB Noor Hanim Ismail, seawal menjadi wakil rakyat. 
 
Selama 5 tahun menjadi wakil rakyat Sri Serdang, beliau dapat memenuhi sebahagian kehendak rakyat yang selama di bawah pentadbiran Umno-BN tidak tercapai. 
 
Satu kejayaan besar bagi seorang wakil rakyat jika dapat menyelesaikan sebahagian besar permasalahan yang ditanggung rakyat selama ini. Rakyat pula sudah pasti akan mengenang jasa Adun atau Ahli Parlimen yang memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 
 
Bagi wakil rakyat PAS, semestinya perkhidmatan mereka bukan untuk mengejar populariti tetapi atas dasar tugas dan tanggungjawab. 
 
Mendekati YB Noor Hanim Ismail bukan suatu perkara yang sukar. Permasalahan rakyat di Dun Sri Serdang cuba diselesaikan walaupun setinggi gunung. Baginya, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, janji usaha dan tawakal kepada Allah SWT. 
 
{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}
Atasi banjir  
 
Dun Sri Serdang sering dikaitkan dengan banjir. Banjir yang melanda sudah pasti meresahkan penduduk dan wakil rakyat. Ini kerana penduduk terlibat akan menanggung kerugian besar akibat rosak perabut dan sebagainya. 
 
“Alhamdulillah…dengan bantuan kerajaan negeri kita dapat peruntukan RM8 juta untuk menyelesaikan masalah banjir. Kita dapat melunaskan beberapa perkara yang tidak terjangkau selama ini dengan bantuan Allah,” katanya. 
 
Menurut beliau, beberapa kawasan banjir terutama di bawah Taman Sri Serdang iaitu Serdang Jaya dan Kampung Seri Aman telah berlaku lebih 20 tahun. Banjir juga berlaku di kampung sungai Kuyup iaitu persempadanan dengan UPM. 
 
Beliau bersyukur kerana 80 peratus masalah banjir di Taman Sri Serdang dan Serdang Jaya dapat diatasi. Projek pembesaran longkang dan pembinaan 5 kolam tadahan diuruselia oleh Syabas. 
 
Kesan pembinaan LRT banjir kilat turut berlaku di kampung Sri Aman dan Puchong Perdana. Banjir ini menyebabkan rakyat mula gelisah kerana mempunyai Adun wanita.
 
“Tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat diteruskan dengan membawa masalah banjir di sidang dewan negeri. Menteri Besar Selangor turun ke kampung Seri Aman dan memperuntukan RM8 juta untuk menaiktaraf kampung,” katanya. 
 
Pembangunan masjid  
 
Awal tahun 2013, pecah tanah untuk pembangunan masjid telah dilakukan. Begitu juga baik pulih dan naik taraf masjid Pertanian, Serdang. Pembinaan masjid di Putra Perdana dan di Seri Aman turut dilakukan. 
 
“Kita melancarkan dana untuk pembangunan masjid. Lebih kurang RM8 juta peruntukan tetapi tidak tercapai. Bagaimanapun pembinaan masjid yang indah dapat dibina hasil kutipan derma dan wakaf di bawah kelolaan Ketua kampung Seri Aman, Ustaz Asri Yunos,” katanya. 
 
Dalam tempoh lima tahun menjadi wakil rakyat, enam buah surau dapat dinaiktaraf untuk solat Jumaat. Sebelum ini ramai di kalangan penduduk yang tidak dapat solat Jumaat kerana masjid jauh dari tempat tinggal mereka. 
 
Inilah kerja yang saya lakukan selama ini dan dapat memberi impak yang cukup besar kepada rakyat terutama masyarakat Melayu Islam,” katanya. 
 
Tanah Bertindih   
 
Seramai 250 penduduk di kampung Seri Aman memohon geran kekal tetapi hanya 45 orang penduduk sahaja yang sudah memiliki geran tersebut untuk fasa 1. Baki pemohon masih dalam proses di Pejabat Tanah kerana sukar untuk meluluskan disebabkan tanah bertindih. 
 
Beliau berkata, masalah sukatan keluasan tanah yang tidak menepati seperti mana dalam geran sementara. Tuan punya tanah menuntut hendak keluasan tanah yang sama seperti yang mereka terokai dulu. Disebabkan anjakan tanah daripada kepimpinan dahulu menyebabkan tanah itu semakin kecil. 
 
Timbul kesukaran untuk mengatasi masalah itu. Mereka perlu ada perjanjian dengan jiran-jiran untuk dapatkan geran kekal.  
 
Walaupun beliau seorang Adun wanita tetapi rakyat berpuashati dengan perkhidmatannya kerana sering turun padang. Beliau memberi peringatan kepada penduduk supaya tidak menjual tanah kepada pihak ketiga atau keempat supaya geran itu tidak bertindih. 
 
“Inilah masalah yang sukar diatasi sebab perkara ini bukan setahun tetapi hampir 30 tahun berlaku. Ia tidak dapat diselesaikan di era pentadbiran Umno-BN. Apabila saya mengambil alih saya berusaha selesaikan masalah ini,” katanya.
 
Mengulas hak orang bukan Islam katanya, pembinaan tokong di atas rezab sungai perlu dibuat atas permohonan yang sah daripada kerajaan Tempatan (PBT). 
 
Orang Asli 
 
Hubungan beliau dengan masyarakat orang Asli sangat rapat. Hak dan kebajikan mereka tetap dijaga. Hampir 400 orang Asli di Dun Sri Serdang sentiasa mendapat hak sebagaimana yang diberikan kepada masyarakat Melayu, Cina dan India. 
 
Beliau sering bertemu dengan Tok Batin dengan mengadakan program `Back to School; program ramadan iaitu berbuka puasa. Surau di kampung orang Asli dibesarkan dengan peruntukan kerajaan negeri. 
 
“Alhamdulillah…dalam tempoh 5 tahun saya menjadi wakil rakyat sejarah yang tidak boleh dilupakan apabila saya dapat mengIslamkan satu keluarga iaitu 7 orang. Ini satu kejayaan kepada PAS. PAS bukan sahaja memikirkan politik tetapi kita fikir agama, tarbiyah dan syasiyah,” katanya.  
 
Golongan belia, ibu-ibu tunggal, orang miskin telah diberikan peluang dan ruang untuk membuat pinjaman hijrah dan pusat zakat serta peruntukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri untuk mereka yang bukan Islam. 
 
Segala permasalahan rakyat cuba diselesaikan. Beliau memegang kata-kata peringatan daripada bekas Mursyidul Am PAS, Dato’ Seri Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu; “Kita bantu selagi mana kita boleh bantu kepada orang yang memerlukan.” 
 
Kejayaannya menjadi Adun PAS pertama untuk Dun Sri Serdang telah mengejutkan Umno seluruh negara. Beliau menewaskan calon Umno-BN, Mohd Yusof Mohd Yasin dengan majoriti 16,251 undi. Majoriti terbesar untuk PAS bagi kerusi Dun. Beliau mendapat undi 39,737.  
 
Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu tidak pernah diketepikan. Sebagai seorang isteri, beliau sentiasa memenuhi citarasa suami dan keperluan anak-anak serta saudara mara. 
 
“Bagi Saya setiap kesusahan ada kesenangan di hujungnya; setiap fitnah yang dilontarkan ada hikmah disebaliknya. Suami saya sangat menyokong dan beliau merupakan `tulang belakang’ saya sebagai wakil rakyat,” katanya. 
 
Beliau sentiasa mengingatkan lima orang anak-anaknya; “Apa sahaja yang kita lakukan kena fikirkan untuk agama. Apabila kita fikirkan untuk agama, Allah akan membantu dan memudahkan urusan kita, segunung permasalahan datang, saya yakin Allah akan bantu kita,” katanya mengakhiri perbualan. 
 
Kesibukannya tidak menggagalkan beliau untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada 3 putera dan 2 puteri sehingga berjaya ke menara gading. 
 
Muhammad Fairuz Sapian bertuasa sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Tabung Haji – keluluasan Ijazah Quran Qirat Al Quran dari Mesir  
 
Khairul Bariyyah – Pengurus UN Cafe meneruskan pengajian Undang-undang Sivil UITM. Sudah memiliki Diploma Undang-undang Syariah 
 
Atiqah Sapian – Doktor Perubatan dan akan meneruskan pengajian di peringkat Master di Universiti Manchester pada 26 disember 2017 
 
Muhamad Taufik – penuntut Ijazah di Unisel semester 5 Finace 
 
Muhammad Sofwan – Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Agama Sam Bestari Subang Jaya USJ  {/mprestriction}
- Advertisement -