Mohon tidak manipulasi isu perobohan kuil

- Advertisement -
AMPANG: Perobohan dan pemindahan patung kuil Hindu di Tasik Permai Lembah Jaya disebabkan projek pembinaan Seremban Hulu Kelang Elevated Highway (SUKE) diharap tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
 
Ketua Komuniti India Lembah Jaya, Soosymarimmah Soolai berkata, kuil yang menjadi tumpuan sembahan kaum India di situ telah melalui proses tersebut secara harmoni dan diterima komuniti.
 
Jelas beliau, sebelum perobohan dilakukan, terlebih dahulu patung kuil telah dialihkan ke kuil yang berdaftar berdekatan dan ritual penganut Hindu di situ dapat diteruskan seperti sedia kala.
 
Malah katanya, proses pemindahan turut dipersetujui oleh pihak pengerusi dan pengurusan kuil di mana telah memberi kerjasama baik, selain tidak berbangkit isu pampasan.
 
Beliau turut memuji ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz yang turut berperanan menyelesaikan isu kuil tersebut dan tidak menolak membantu kaum India walaupun berkait rumah ibadat mereka.
 
“Saya berharap isu ini tidak dimanipulasi oleh pihak yang mahukan populariti kerana ia telah dikendalikan dengan baik oleh ADN Lembah Jaya dan mendapat restu para pengunjung kuil berkenaan,” serunya. – HARAKAHDAILY 24/10/2017
- Advertisement -