Berubatlah dengan ahlinya

- Advertisement -

NAK berubat mestilah pada ahlinya. Kami pun dalam bidang perubatan, merujuk kepada ahlinya. Mana mungkin doktor gigi ingin merawat mata? Doktor gigi hanya boleh merawat gigi walau dari segi teorinya beliau boleh boleh baca. Tetapi keahlian dan kemahiran dalam bidang tersebut wajib diambil.

- Advertisement -

An-Nahl [16] ayat 43:

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۚ فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”

Begitu juga dalam surah Al-‘Anbya’ [21] ayat 7:

وَمَآ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۖ فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُون

“Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.”

Saya bukan memburukkan kaedah perubatan tradisi seperti kes batu geliga Mak Lang, cuma mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam bab penjagaan kesihatan. Adakah Mak Lang tahu kesan negatif jika batu geliga itu mencederakan mata? Adakah Mak Lang provide rawatan selepas itu? Andai mata pesakit rosak?

Konsep health seeking behavior ini penting dalam menentukan kelangsungan kehidupan manusia yang lebih baik.

Bukannya menyerah bulat pada Tuhan yang sudah tentu Allah sendiri menyuruh kita merujuk kepada orang yang pakar!

Fikir-fikirkanlah.

Fb.com/drsuhazeli
24.10.2017
Kaherah – HARAKAHDAILY 24/10/2017

- Advertisement -