Program senamrobik MCA langgar peraturan

- Advertisement -

PROGRAM senamrobik anjuran MCA Kota Bharu Jumaat lepas dianggap gagal mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 apabila berlaku percampuran lelaki dan perempuan.

- Advertisement -

Turut terlibat pada program itu orang Melayu. Program itu difahamkan dianjur NGO FitMalaysia dan Komuniti 1Malaysia.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Datuk Zamri Ismail berkata, ada penduduk membuat aduan mengenai program terbabit.

“Bahagian Perlesenan dan anggota penguatkuasa MPKB-BRI datang ke lokasi kejadian di sebuah sekolah dan mendapati program senamrobik berlaku percampuran lelaki dan perempuan.

“Pegawai terlibat menasihati pihak penganjur supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri,” katanya pada persidangan media di Kota Bharu hari ini.

Berikutan itu Ketua MCA Kota Bharu, Datuk Tan Ken Ten itu dilapor mendakwa tindakan yang dilakukan MPKB-BRI di luar batasan pihak berkuasa tempatan dan menganggap satu kesalahan besar.

Zamri juga berkata, pemimpin MCA terbabit perlu menarik balik kenyataan yang mendakwa MPKB-BRI bertindak mengikut hawa nafsu.

“Kami akan merujuk kepada kerajaan negeri bagi mengambil tindakan lanjut sekiranya kenyataan itu tidak ditarik balik individu berkenaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/10/2017

- Advertisement -