Berbudi dan berbahasa, begitulah orang PAS

- Advertisement -

SAYA simpati dengan Presiden Pan Mohamad Sabu. Pasti hidupnya sungguh tertekan kebelakangan ini.

- Advertisement -

Mungkin tekanan hidup ini berpunca sejak mengkhianati perjuangan PAS dan kini berpolitik atas kemahuan “political master” nya DAP.

Orang PAS ini memang tidak berminat mencetuskan masalah. Walaupun bertelagah politik tetapi akhlak dan budi bahasa sentiasa dipelihara.

Abang Mat ada pemimpin PAS yang cuba memujuk beliau kembali ke PAS.

Semasa berucap kepada perwakilaln PAN beliau berkata kononnya seorang pemimpin PAS Pusat baru-baru ini bertemu beliau di airport lalu berkata kepadanya:

“Bang Mat kembalilah….”

Dan beliau kononnya menjawab dengan berkata: “Janji manis mu takkan ku percaya lagi”.

Bagi saya siapa sahaja orang PAS yang kebetulan terserampak dengan beliau akan cari pelulang dan ungkapkan perkara sama….. “Bang Mat kembalilah”

Bukan kerana kami mahukan sangat Bang Mat pun kerana siapa sahaja yang khianat pada PAS memang tidak kami hormati.

Tetapi berbudi dan berbahasa begitulah orang PAS. Sesungguhnya ungkapan sebegitu dibuat bukan kerana menganggap Bang Mat penting tetapi lebih kerana kasihankan nasib Bang Mat.

Tetapi apa pun oleh kerana Bang Mat yang kita kenal ni lebih tersohor dengan lawak jenakanya terkadang kita tidak tahu sama ada sesuatu yang beliau katakan samada lawak atau serius.

Betulkah beliau sebut “Janji manismu takkan ku percaya lagi….?”

Siapakah yang berjanji dengan Bang Mat…. sedarkah Bang Mat ketika berkata begitu atau saja seronok-seronok buat-buat cerita. Buat-buat cerita memang kelebihan dan bakat Bang Mat siapa yang tak kenal.
PAS sudah bersedia menghadapi musuh lama dan musuh baru.

Kisah pengkhianatan Bang Mat dan rakan-rakan sudah lama berlalu namun tidak akan kami lupakan. Bang Mat pun kini diberi parti baru yang tujuannya sebagaimana dihajati oleh DAP iaitu untuk musnahkan PAS dan kononnya ganti PAS, maka tak perlulah buat lawak.

Kalau ada sesiapa yang minta Bang Mat kembali ke pangkuan PAS ianya semata-mata kerana kasihankan nasib Bang Mat bukanlah kerana Bang Mat tu hebat atau sangat diperlukan.

Bersedialah menghadapi PAS kerana kami akan serang dan musnahkan musuh politik kami apatah lagi si pengkhianat. – HARAKAHDAILY 23/10/2017

- Advertisement -