Sistem IMAMS untuk umrah perlu dikaji semula

Foto hiasan.
- Advertisement -

PENGENALAN sistem ‘Integrated Manasik Monitoring System’ atau lebih dikenali sebagai IMAMS bukanlah penyelesaian yang diharap kepada pihak kerajaan berdepan dengan masalah penipuan pakej-pakej umrah yang ditawarkan ketika ini.

- Advertisement -

Malah, jika diteliti dengan lebih mendalam, sistem IMAMS akan menyebabkan ‘overload’ dari sudut struktur dan berkemungkinan berlaku ‘redundancy’ dengan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang turut dipengerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sendiri.

takiri3MKSU adalah bentuk ‘mini whole of government’ merangkumi pelbagai agensi-agensi utama seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan pelbagai agensi lain. Ia ditubuhkan bertujuan mengawal kes-kes penipuan pakej umrah dengan pengenalan syarat-syarat yang ketat terhadap lesen khas atau ‘sub-license’ bagi syarikat yang menawarkan pakej umrah.

Kerajaan telah memperkenalkan MKSU pada 2014 dan juga suatu mekanisma Lesen Khas Umrah yang masih diperingkat awal. Saya berpandangan kedua-duanya perlu dimobilisasi dengan strategik bagi memastikan pemantauan yang rapi terhadap permasalahan yang lambakan pakej umrah yang berleluasa di negara ini. Regulasi lesen khas umrah dibawah MKSU sudah menjawab persoalan semasa mengenai pantauan daripada kes-kes penipuan pakej umrah yang berlaku.

Namun, sistem IMAMS yang turut baru diperkenalkan dengan harapan menjadi ‘one-stop centre’ kepada pengenalan lesen khas umrah disamping caj tambahan RM90.10 bagi setiap jemaah umrah menimbulkan persoalan ramai pihak khususnya oleh syarikat pengendali pakej umrah. Apakah IMAMS ini juga selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 mahupun Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992?

Saya menggesa pihak kerajaan tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini. Seharusnya, langkah strategik yang perlu diambil mestilah memudahkan pihak syarikat lain mahupun pihak jemaah yang ingin menunaikan umrah. Amat malang jika sesuatu polisi itu dilaksanakan tanpa ada hujung pangkal dan akhirnya membebankan pihak yang lain.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Kenyataan Media Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ahad, 22 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 22/10/2017

- Advertisement -