PAS Paya Besar anjur Jualan Amal Prihatin Rakyat

- Advertisement -
PAYA BESAR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Paya Besar telah melelong pakaian-pakaian berjenama dan berkualiti pada program Jualan Amal Prihatin Rakyat di Taman Tas, di sini hari ini.
 
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Fazli Mohd Noor berkata, jualan amal ini dianjurkan oleh Lajnah Ekonomi Pemuda dengan kerjasama Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Paya Besar (LAKEB PB).
 
Program ini maklumnya, sebagai usaha bagi mengisi dana Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar (TPR) yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya.
 
Tambahnya, setakat ini lebih 1,000 orang menerima bantuan tersebut yang diagihkan setiap dua bulan sekali di mana para penerima bantuan terdiri daripada fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan mereka yang memerlukan. 
 
Program dianjurkan itu juga menyediakan kaunter daftar pemilih dan air minuman percuma buat semua pengunjung yang hadir.
 
Menurutnya lagi, ramai boleh mendaftar untuk menerima bantuan ini dengan menghubungi ‘hotline’ TPR ditalian 016-2640448.
 
Orang ramai juga boleh terus menyalurkan sumbangan ke akaun Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar melalui akaun Maybank 556226404572. – HARAKAHDAILY 22/10/2017
- Advertisement -