H12K PAS Kedah ke arah menangi PRU14

- Advertisement -
ALOR SETAR: PAS Negeri Kedah mengukuhkan persiapan untuk memenangi PRU14 dengan mengadakan Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini bermula petang Sabtu, 28 Oktober depan.
 
Himpunan besar itu mengambil keimanan dari hadis Rasulullah S.A.W dari Ibni Abbas R.A mengenai bilangan kekuatan bahawa sama sekali tidak akan dikalahkan 12,000 anggota oleh golongan yang sedikit.
 
Dengan reputasi sebagai negeri yang mempunyai ahli dan Cawangan PAS terbanyak, angka tersebut diyakini dapat dicapai untuk menyemarakkan motivasi seluruh jentera menjelang PRU14 tidak lama lagi.
 
Malah, selaku pemain utama politik di Kedah, PAS yakin telah bersedia untuk memikul semula tanggungjawab dan mandat rakyat untuk mengemudi pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah.
 
Himpunan mega yang bakal menjadi saksi komitmen dan paduan tenaga ahli PAS seluruh negeri ini akan diisi dengan majlis solat hajat, doa, munajat, amanat, baiah dan derma jihad.
 
Pimpinan utama yang menyuntik semangat juang pada himpunan tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. – HARAKAHDAILY 22/10/2017
- Advertisement -