Tanah runtuh: Pemuda PAS, Amal diarah siap siaga

- Advertisement -

SELURUH anggota Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang serta sukarelawan Amal diarahkan untuk berada dalam kondisi siap siaga membantu operasi menyelamat setakat keupayaan dan kemampuan yang ada susulan tragedi tanah runtuh tapak pembinaan projek pembangunan di Tanjung Bungah yang berlaku hari ini.

- Advertisement -

afnanKetua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kerahan untuk membantu operasi menyelamat itu adalah selaras dengan kehendak Islam yang menuntut umatnya membantu sesiapa sahaja yang ditimpa musibah dan kesusahan termasuk warga negara asing.

Menurutnya, difahamkan operasi mencari dan menyelamat telah ditangguhkan hari ini dan akan disambung semula esok.

Sehubungan itu, tambah beliau semua pemuda dan ahli PAS di Pulau Pinang disyorkan untuk mengadakan solat hajat memohon kepada Allah agar dipermudahkan operasi mencari dan menyelamat.

Selain itu, ujarnya pihak berkuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap misteri tragedi tanah runtuh yang berlaku ketika cuaca kering.

“Semoga keluarga mangsa diberi ketabahan untuk berhadapan dengan situasi genting ketika ini,” ujarnya dalam satu kenyataan. HARAKAHDAILY 21/10/2017

- Advertisement -