PAS: Parti politik ada pengurusan kecemasan, bencana

- Advertisement -

PAS satu-satunya parti politik yang memiliki organisasi khusus pengurusan kecemasan dan bencana.

- Advertisement -

PAS tidak hanya berslogan dengan agenda kebajikan dan kemasyarakatan. Kita tampil ke medan masyarakat bagi melaksanakan agenda politik penyelesaian dengan organisasi tersusun dan petugas yang berkemahiran serta terlatih.

Jabatan Pengurusan Kecemasan dan Bencana (Khidmat Malaysia) dipertanggungjawabkan secara khusus dalam parti untuk memainkan peranan secara profesional dalam menangani apa saja bentuk bencana yang berlaku dalam negara.

Di bawah panji Khidmat Malaysia, pelbagai sayap dalam parti seperti Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat, Ameerah, Kelab Kembara 4×4, Nusaibah serta beberapa NGO lain akan bergerak di bawah satu penyelarasan secara pengarahan berpusat dan bersistematik.

Dalam apa jua bentuk pengurusan bencana, aset dan petugas perlu digabung jalin dengan command (pengarahan) dan communication (komunikasi) supaya jentera boleh bergerak secara efektif, pantas dan berkesan. Aset yang baik serta petugas yang ramai akan gagal tanpa command dan communication.

Inilah yang menjadi fokus Khidmat Malaysia dalam menyusun jentera pengurusan bencana.

Inilah juga objektif utama petugas pengurusan bencana PAS dari seluruh negara dihimpunkan selama 2 hari 1 malam di Pantai Sri Tujuh Tumpat Kelantan dalam Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia Siri Kedua (HEBAT 2.0) yang berlangsung pada 20 dan 21 Oktober 2017.

Peserta telah didedahkan dengan SOP Pengurusan Bencana Khidmat Malaysia, Perubatan Kecemasan, Komunikasi, Kaedah Menyelamat Dalam Air, Pengurusan Psikologi Mangsa Bencana dan Khidmat Rakyat.

Bencana dan musibah adalah ketentuan Allah. Datangnya tanpa dijangka. Kita sebagai manusia perlu bersedia untuk menghadapinya.

Dr Azman Ibrahim
Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
21 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 21/10/2017

hebat5 2

hebat5 1

- Advertisement -