Jangan emosional beri pandangan kepada sultan

- Advertisement -

SESIAPA sahaja yang mahu memberi pandangan kepada sultan tidak wajar bersikap emosional apatah lagi individu yang terlibat adalah seorang pegawai bergelar ustaz yang berkhidmat dengan jabatan agama, demikian menurut Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Datuk Seri Mohd Badri Abdul Rahman.

- Advertisement -

BADRIBeliau berkata, sebagai sultan yang memerintah dan memegang gelaran ketua agama di sesebuah negeri mempunyai hak untuk memberi pandangan mengikut persepsinya jika terdapat sesuatu perkara khususnya melibatkan hukum agama Islam.
 
Merujuk rakaman video Sultan Johor Official berhubung isu dobi mesra muslim yang terjadi di negeri bawah jajahannya, bagi Ikatan adalah tepat.

“Isu memberi teguran melibatkan agama bukan sahaja untuk agama Islam malahan untuk semua agama yang ada di dalam Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berpandangan semua pengusaha Muslim di Malaysia yang sedang atau ingin menjadi seorang pengusaha berkonsep Islam dialu-alukan menggunakam slogan dengan betul seperti ‘kedai dobi al-amin’, atau ‘kedai makan al-ikhlas’ supaya tidak menimbulkan persepsi buruk tenang Al-Quran dan Islam.

“Perkataan suci dalam Islam tersangat global bermakna besar pengertiannya, juga sama dengan isu minuman keras yang sedang diperkatakan ketika ini.

“Manusia yang sihat tahu akan impak keburukan minuman keras yang mengandungi alkohol. Tak perlulah kita melakukan pecah botol untuk membuat bantahan dalam keadaan waras,” tegas beliau.

Justeru katanya, jika ingin mengemukakan hujah atau membalas kenyataan jangan berfikiran tertutup tanpa merujuk pihak berkenaan terlebih dahulu demi menjaga Islam di mata penganut agama lain. – HARAKAHDAILY 19/10/2017

- Advertisement -