Galak rakyat terbabit sistem wakaf

- Advertisement -

KERAJAAN Kelantan menggalakkan rakyat negeri itu terbabit dengan sistem wakaf yang boleh memberi kebaikan kepada semua pihak.

- Advertisement -

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, orang Islam boleh mewakaf sebahagian harta kepada Islam, di mana ganjarannya kekal sehingga kiamat.

“Begitu juga soal pembinaan masjid kerajaan negeri hanya memberi sebahagian dana dan bakinya diusahakan jawatankuasa masjid dengan mengumpul dana daripada orang ramai.

“Biarlah kalau ada pihak hendak pertikaikan usaha tersebut. Kita laksana kerana memahami tanggungjawab kepada Islam dan perjuangan,” katanya pada majlis kutipan derma dan wakaf bagi membina Pusat Tarbiah Islamiah Tumpat.

Pusat tarbiah itu akan dibangunkan di kawasan seluas satu ekar dianggar melibatkan kos RM1.2 juta.

Pusat terbabit akan dilengkapi bangunan Pasti Elit, Sekolah Rendah Islam, dewan serbaguna, pejabat, pusat latihan dan gelanggang badminton serta futsal.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menyumbang melalui Bank Islam nombor akaun 03148010006548 atas nama Tabung Pembangunan dan Kebajikan Kawasan Tumpat.

Maklumat lanjut boleh hubungi pengerusinya, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat di talian 019 9817 486 atau Mohd Adanan Hassan 019 9818 036. – HARAKAHDAILY 19/10/2017

- Advertisement -