Agenda anti-Islam sangat merbahaya

aminudin aling
- Advertisement -

MUTAKHIR ini terdapat agenda anti-Islam yang sangat merbahaya untuk perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia.

- Advertisement -

“PAS Sabah melihat gerakan ini akan membawa kebobrokan dalam masyarakat dan boleh menimbulkan konflik di antara agama.

“PAS Sabah melihat agenda anti-Islam ini sangat merbahaya. Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia jelas memperuntukkan Islam sebagai Agama Persekutuan,” ujar Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling dalam satu kenyataan.

Katanya, lebih menyedihkan lagi apabila mereka asyik bersandarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963 sedangkan Negeri Sabah telah meluluskan bahawa Islam sebagai Agama Rasmi negeri berdasarkan Perkara 5(A) Perlembagaan Negeri Sabah.

Justeru, tambahnya PAS Sabah sekali lagi menyeru supaya ahli politik sepatutnya menjadi ejen perpaduan dan keharmonian.

Menruutnya lagi, perkara yang sudah diselesaikan oleh pimpinan lepas khususnya berkaitan undang-undang dan perlembagaan jangan dijadikan polemik dan agenda politik murahan.

PAS juga, katanya menyeru supaya masyarakat terus mengutamakan kesatuan dan keharmonian.

“PAS juga mengharapkan agar kerajaan terus mengutamakan pembangunan rakyat dan berlaku adil kepada semua kaum dan agama,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 16/10/2017

- Advertisement -