Kalau sejarah Umno boleh diajar, apa kurangnya PAS?

- Advertisement -

MEREKA pernah berjasa dan terus ingin menabur jasa.

- Advertisement -

Kelab As-Sabiqun PAS Pusat yang menghimpunkan para veteran PAS mengadakan pertemuan bersama Tuan Guru Presiden PAS usai mesyuarat bulanan PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, tengah hari tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dipimpin oleh veteran parti, seorang penulis hebat yang dikenali ramai, Haji Subky Latif, Kelab As-Sabiqun akan menjadi wadah untuk menghimpunkan ‘orang lama’ yang telah masak dan lali dengan mehnah dan tribulasi di medan perjuangan ini.

Mereka tidak lagi aktif memegang jawatan dalam parti tetapi khidmat mereka tetap diperlukan dan mereka juga masih bersedia untuk berkhidmat. Suatu cabaran bagi orang-orang muda yang masih beralasan untuk turut menyumbang bakti.

Pak Subky Latif, bekas AJK Kerja PAS Pusat kelihatan begitu teruja untuk menyempurnakan amanahnya.

Antaranya Pak Subky merancang agar subjek sejarah PAS boleh diajar di institusi pendidikan PAS.

“Kalau sejarah Umno boleh diajar, apa kurangnya PAS?” Ujar Pak Subky bersemangat.

Dr Azman Ibrahim
14 Oktober 2017

- Advertisement -