Konsep dari rakyat untuk rakyat

Mohd Zuhdi Marsuki
- Advertisement -

APA respons mereka?

- Advertisement -

Agak menarik sebagaimana saya sebut dalam kenyataan media yang saya keluarkan itu dilihat tidak sampai 24 jam selepas kita lancarkan bagi mendapat pandangan capaian terhadap pengiklan untuk mendapat pandangan.

Kita mendapat pandangan daripada pelbagai pihak terutamanya orang muda. Ini kerana orang muda paling ramai menggunakan media baharu. Dalam tempoh 24 jam lebih 60 pandangan dikemukakan. Pandangan mereka dalam pelbagai aspek itu sangat menarik

Jadi kita akan ambil sebagai suatu asas untuk membina manifesto PAS nanti. Kemudian Insya-Allah selepas siapkan semua kita akan menjemput tokoh-tokoh, pakar-pakar,  pemikir  dalam beberapa bidang untuk dinilai manifesto tersebut dan kita akan bentang dan membuat penilaian. Adakah betul atau tidak dengan masalah negara yang berlaku sekarang. Jadi kita ada empat peringkat dan ia menunjukkan manifesto PAS bukan hasrat dari PAS tetapi hasrat rakyat yang kita sesuaikan dengan dasar-dasar Islam yaang PAS perjuangkan.

Itu dari segi pembinaan dan bagaimana kita membina manifesto. Fokusnya kita menawarkan yang rakyat mahu bukan menawarkan sesuatu yang parti fikir perlu. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Fokus terpenting dalam menyediakan manifesto iaitu elemen yang boleh memberi tarikan kepada rakyat?

Sebelum itu biar saya fokus kepada organisasi manifesto dahulu. Sebenarnya  kita ada Jawatankuasa induk manifesto yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Mereka inillah yang akan menentukan format, kandungan dan sebagainya. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjadi sekretariat  yang meggerakkan proses untuk membina manifesto. Jadi PPP ini fokodnya untuk mendapatkan maklumat, menulis manifesto kemudian menilai dan sebagainya.

Akhirnya kita akan bawa kepada jawatankuasa induk untuk mereka putuskan perkara tersebut.

Wcara 1Kemudian satu lagi sekretariat  ialah Jabatan pilihan Raya PAS Pusat (JPPP). JPPP ini akan mengemukakan permohonan untuk menyebar dan membawa manifesto itu dalam pilihan raya. Manifesto yang kita tawarkan ini sebagaimana diterima oleh jawatankuasa induk di mana kaedahnya PAS akan melancarkan manifesto inidan akan bawa kepada Gagasan Sejahtara. Manifesto ini akan dilancar kepada tiga peringkat. Peringkat pertama,kemungkinan kita akan bawa pada bulan Oktober ini. Sebabanya kita jangka paling awal pilihan raya pada bulan November ini jadi kita kena bergerak daripada situ.

Pelancaran peringkat pertama ialah kepada dasar-dasar penting berkaitan masalah atau tawaran yang PAS berikan. Ia ada dasar-dasar utama yang berkaitan dengan tawaran yang PAS hendak berikan. Ini seperti manifesto biasa sebelum ini  di mana kita akan kemukakan tawaran-tawaran itu dalam bentuk  dasar-dasar, dan agenda yang  PAS akan buat. Biasanya dibaut berdasarkan kepada sektor-sektor seperti Pendidikan, Alam Sekitar, Pertanian dan sebagainya. Itu menifesto peringkat pertama yang akan kita kemukakan kepada rakyat.

Peringkat kedua, ada dalam pendekatan ini dan tidak ada dalam manifesto yang lepas. Saya rasa mungkin dalam parti politik pun tidak ada perkara ini.

Jadi kita akan rintis dalam peringkat kedua di mana pelancarannya dalam bentuk tawaran-tawaran yang kita akan kemukakan langsung kepada golongan sasar. Sebabnya jika kita melihat  kepada manifesto sebelum ini seperti BN ataupun Pakatan Rakyat, Barisan Alternatif dan sebagainya ia menyentuh contohnya  dalam sektor -sektor seperti pendidikan apa yang mereka hendak lakukan, kemudain sektor pertanian apa agenda yang mereka hendak bawa.

Ini kita akan kemuka dalam manifesto fasa pertama. Untuk fasa kedua, yang ini benda baharu iaitu PAS akan kemukakan tawaran-tawaran langsung maksudnya kita akan sebut sasarannya. Apa yang PAS hendak tawarkan kepada mahasiswa, siswazah kita sebut tawaran terus. Yang ini tidak ada sebelum ini kerana mungkin sebelum ini bercampur-campur dalam tajuk utama sektor-sektor

Kali ini PAS hendak tawarkan secara langsung contohnya  tawaran manifesto PAS terhadap pekebun kecil, jika kita memperolehi kuasa nanti. Tawaran terhadap  suri rumah, ibu tunggal, dan mungkin akan ada senarai panjang tawaran itu.
Tawaran terhadap siswazah jadi kita ada beberapa golongan sasaran utama yang kita hendak kemuka dan ini akan dilancarkan dalam fasa yang kedua.

Kemudian Fasa ketiga, awaran-tawaran yang berimpak tinggi  dan yang ini mungkin akan ditawarkan kepada seluruh rakyat. Rakyat akan diberikan tawaran yang cukup penting mungkin tidak banyak tetapi itulah yang rakyat mahu.

Rakyat mahu benda ini sebenarnya dan yang ini kita akan kemukakan selepas pembubaran parlimen. Ini di antara konsep manifesto PAS sekali gus kita akan bawa dalam gagasan Sejahtera Sejahtera semasa peringkat pelancaran.

Kemudian kategori manifesto. Ada tiga kategori

1. Peringkat Nasional

Tawaran di peringkat nasional ini dalam situasi di mana PAS bersedia untuk menjadi  kerajaan, tetapi PAS realistik dimana kita mensasarkan menjadi pencatur utama. Maknanya manifesto yang kita kemuka di peringkat nasional ini ialah satu persediaan untuk memerintah. Cuma kita terlalu ambition (bercita-cita tinggi) turun sedikit iaitu apa yang PAS boleh lakukan dengan tawaran-tawaran yang PAS mampu berikan kepada rakyat sekiranya memperolehi  40 kerusi sekaligus kita menjadi pencatur utama politik.

2. Manifesto Negeri

Manifesto ini adalah tawaran yang negeri mahu kemukakan. Jadi tawaran yang dikemukakan itu di peringkat negeri dalam bentuk pertama negeri yang PAS perintah. Tawaran manifestonya sudah pasti berbeza sebab kita sasarkan akan menjadi kerajaan. Ada pun negeri yang kita tidak sasarkan memerintah ia mempunyai tawaran berbeza. Tawaran sebagai komposisi pembangkang di negei seperti Sabah dan Sarawak. Kita nampak Sabah ini  buat masa ini kita belum mampu tetapi apa yang kita boleh tawarkan kepada rakyat,kita tawar walaupun kita sebagai Adun tetapi bukan Adun kerajaan .

3. Tawaran Calon

Kategori ketiga ialah tawaran dari calon yang bertanding dan calon  ini akan kemukakan tawaran kepada pengundi. Ini kita sudah minta kepada kawasan-kawasan dan juga Majli Tindakan Dun (MTD) untuk mereka kemukakan kepada calon-calon yang akan menjadi calon supaya fikirkan tawaran yang mahu diberikan kepada rakyat. Ia dibuat atas sokongan PAS kawasan dan juga di peringkat MTD dan PAS kawasan yang akan membantu calon.

Bagaimana aspek kebajikan rakyat kerana kita sedia maklum  rakyat hari Ini tertekan dengan kos sara hidup. Adakah ini salah satu fokos utama PAS?

Sebagaimana dalam Dokumen Hijau kita akan kemukakan penyelesaian jangka pendek dan semasa. Dalam fokus dokumen hijau PAS akan bawa juga dalam manifesto  iaitu masalah utama rakyat dan PAS sudah lama membuat kajian.

Pihak lain baharu tahu, kita tidak sentuh persoalan skandal 1MDB sebab rakyat tidak tahu pun isu sebenar. Mereka tidak sentuh secara langsung kerana ia agak komplikated untuk rakyat faham dan tidak berkait langsung dengan mereka.

Tuduhan-tuduhan itu belum dibawa ke perbicaraan sebenar. Badan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pun tidak bicara lagi dan sebagainya. Jadi kita tidak mahu rakyat terheret dengan perkara ini. Apabila mereka membuat kajian kita lihat isu utama yang rakyat sangat peka atau bimbang ialah isu kenaikan sara kos hidup yang melambung tinggi.

Wcara 2Kenaikan kos hidup itu ada kaitan dengan Caukai Barangan dan Pekhidmatan (GST) dan juga peningkatan kos perjalanan rakyat. Semua elemen itu perkara paling utama yang PAS sentuh dalam dokomen hijau dan juga dalam manifesto nanti. Bab rasuah ini kita kemukakan secara penyelesaian fundamental melalui dua memorandum Gagasan Sejahtera  di mana kita hantar kepada kerajaan

PAS satu-satu parti  bersama Gagasan Sejahtera yang mengemukakan penyelesaian secara fundemental dan bukan cakap secara populis. Jadi fokus manifesto itu memang tentang kebajikan rakyat.

HARAKAH: Harapan Dr dalam memastikan manifesto ini mendapat perhatian awam?

Harapan kita, khususnya PPP, kita megharapkan rakyat dapat menerima sebaik mungkin manifesto yang kita kemukakan  sebab manifesto ini sebagaimana saya sebut tadi ia aakah ‘dari rakyat untuk rakyat. Ini bukan dari PAS untuk rakyat sebabnya sebelum ini kita fikir, rakyat hendak ini, tetapi sebenarnya rakyat ridak mahu. Jadi sekarang ini PAS mahu rakyat suarakan apa yang mereka mahu kita tawarkan. Apabila mereka suarakan, kita tawarkan dan kemudian ia akan dikembali kepada rakyat. Jadi PAS berharap manifesto ini akan benar-benar mencerminkan hasrat rakyat maknanya sumbernya datang dari rakyat kemudian kembali kepada rakyat.

Bagaimanapun ia tetap dalam teras Islam. Umpamanya rakyat hendak  berjudi PAS tidak bagi, mereka hendak buat pesta arak kita tidak benarkan. Maksud manifesto PAS ini adalah perkara yang memberi manfaat kepada rakyat dengan berlandaskan Islam dan kita akan pulangkan balik kepada rakyat. – HARAKAH 13/10/2017{/mprestriction}

- Advertisement -