Hebat 2.0: Himpunan petugas bencana 20, 21 Okt

- Advertisement -

PETUGAS Jabatan Pengurusan Kecemasan dan Bencana Khidmat Malaysia akan berkampung di Pantai Sri Tujuh Tumpat Kelantan pada 20 dan 21 Oktober ini dalam program Himpunan Petugas Bencana Siri Ke 2 (HEBAT 2.0).

- Advertisement -

“Dalam tempoh dua hari program anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan dan Khidmat Malaysia ini, petugas akan didedahkan dengan pelbagai modul pengurusan kecemasan dan bencana,” ujar Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Dr Azman Ibrahim.

Beliau berkata, antara modul pengurusan itu seperti Standard Operation Procedure For Emergency and Disaster Management Khidmat Malaysia, Medical Emergency, Water For Life, Dapur Rakyat, Khidmat Masyarakat, Water Resque, Communication dan Psicological Management untuk mangsa bencana.

Menurutnya, program yang dijadual dirasmikan oleh Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan disasarkan untuk menghimpunkan seramai 300 orang petugas dari seluruh negara.

“Fokus utamanya ialah sebagai persiapan untuk menghadapi bencana banjir yang diramalkan berlaku pada hujung tahun ini,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 12/10/2017

hebat

hebat1

- Advertisement -