Bisik Pada Langit

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, minggu lepas saya berkesempatan menonton filem Bisik Pada Langit. Mengimbau kembali kenangan sewaktu pergi menonton filem Syukur 21 lebih 15 tahun yang lalu sewaktu belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

- Advertisement -

Maklumlah masa tu tak biasa ke panggung wayang dan berkopiah pula, rasa macam janggal skit. Tapi gagahkan juga dengan kawan-kawan untuk pergi demi mahu menyokong kumpulan Raihan, Nasyid dan Filem bertema Islamik.

Saya bukanlah nak mengulas terperinci mengenai filem Bisik Pada Langit ini, sebab ulasan tentangnya dah banyak kita boleh baca. Cuma saya mahu sentuh di sini betapa pentingnya karya positif sebegini disokong supaya ia mendapat sambutan bertaraf ‘Box-office’ yang akan menyebabkan landskap perfileman negara kita berani berubah.

Bayangkan dalam sebuah pawagam yang selalu dikaitkan dengan tempat yang gelap, maksiat, negatif namun penggiat filem ini berjaya menerobos masuk ke situ dengan memasukkan nilai-nilai dakwah. Bermula saja cerita beberapa saat pertama, Azan/Iqamah berkumandang sewaktu adegan kelahiran Hajar. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Kemudian scene solat seingat saya ada beberapa kali dan semuanya untuk menggambarkan betapa pentingnya solat dalam setiap segi kehidupan yg disampaikan secara ‘subtle’ dan ‘indirect’. Sewaktu dapat berita kemalangan Hajar; solat hajat.

Dapat berita Hajar sedar dari Koma; Solat sunat Syukur. Juga digambarkan wudhu dan solat menghindarkan api kemarahan melalui satu dialog antara anak dan bapanya.

Nilai-nilai kekeluargaan yang sarat dengan pengajaran dan kisah kasih sayang seorang ayah yang tidak seimbang atau pilih kasih yang terlalu melebihkan anak perempuan seorangnya sehingga mengabaikan kelebihan-kelebihan anak yang lain.

Bagi saya ia sebuah karya berat dgn emosi dalam perjalanan cerita yang ‘mudah’ yang disulami dengan sinematografi yang sangat artistik.

Turunlah menyokong filem ini dengan menontonnya supaya lebih banyak karya-karya sebegini dihasilkan dan mendapat sambutan di masa hadapan. Kekadang kita hanya pandai mengkritik filem-filem tempatan yang sering menampilkan budaya gangster, pergaulan bebas dan seumpamanya.

Tetapi kita tidak sedar filem sebegitu mampu mengutip jualan sehingga hampir RM20 juta sedangkan penerbit filem yang berani berkarya dengan karya yang berat dan artistik akhirnya terpaksa menggigit jari atau lebih teruk, bergolok-bergadai kerana filem mereka tidak terjual dan tidak pulang modal.

Cukuplah kegagalan kutipan Syukur 21 yang menyebabkan berpuluh tahun karya filem Islamik takut untuk dihasilkan penerbit. Contohilah negara jiran kita; Indonesia yang mana di dalam senarai 10 filem box office sepanjang 10 tahun termasuk di antaranya ialah filem berat seperti Laskar Pelangi, Habibie & Ainun serta Ayat-ayat Cinta.

Filem negara kita sedikit sebanyak mencorakkan masyarakat kita khususnya golongan muda dan remaja. Semoga landskap perfileman negara kita akan lebih maju, matang dan berisi.

Ayuh turun menyatakan sokongan, jangan lupa bawa tisu sekali ya šŸ™‚

Penulis adalah Anggota Kumpulan Nasyid Inteam {/mprestriction}

- Advertisement -