Lembah Binjai: Kerajaan tunggu laporan pemaju

- Advertisement -

KERAJAAN negeri masih menunggu laporan syarikat pemaju, AUEI Teras Holdings Sdn Bhd bagi membangunkan projek pelancongan Lembah Binjai di Kubang Kerian.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri menangguh apa-apa pembangunan di situ sehingga mendapat laporan terbaru daripada pihak berkenaan.

Selain itu katanya, pemaju berkenaan juga perlu mengadakan perjumpaan dengan 144 pemilik lot tanah yang terbabit dengan projek berkenaan.

“Kita tidak meletak sebarang tempoh kerana mungkin mereka memerlukan masa untuk berbincang bersama pemilik tanah serta memberi penjelasan sebenar kepada penduduk terlibat,” katanya di Kota Bharu.

Projek pembangunan Lembah Binjai yang dicadang kerajaan negeri melibatkan kawasan seluas 45 ekar di Zon A.

Baru-baru ini seorang penduduk mendakwa seramai 20 pemilik lot yang terlibat projek Lembah Binjai hadir pada pertemuan diatur Parti Amanah Negara (PAN), antaranya membincang khidmat peguam untuk mempertahankan tanah mereka.

“Malangnya belum apa-apa penduduk terlibat diminta membayar sejumlah wang kepada peguam yang dilantik mereka.

“Kononnya pemimpin terbabit hendak membantu, rupa-rupa ada mainan lain pula,” ujarnya seorang penduduk. – HARAKAHDAILY 10/10/2017

- Advertisement -