Misteri disebalik projek MCKIP

- Advertisement -

PADA 5 Febuari 2013 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek Taman Industri Kuantan Malaysia–China (MCKIP) di kawasan seluas 1,200 ekar.

- Advertisement -

MCKIP  dikatakan akan menarik pelaburan berjumlah RM10.5 bilion dan mewujudkan kira-kira 8,500 peluang pekerjaan.

Bagaimanapun malangnya rakyat tidak mengetahui apa yang berlaku di sebalik tembok projek tersebut sekarang, yang dibina tinggi melingkari kawasan berkenaan.

Menurut sumber semua urusan di sebalik tembok projek itu menggunakan bahasa Cina dan dikawal ketat tanpa boleh dimasuki penduduk tempatan.

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, penduduk tempatan tidak tahu apa yang berlaku di sebalik MCKIP kerana dilingkungi tembok tinggi.

“PAS Pahang meminta kerajaan negeri dan pusat memberi penjelasan tentang perkembangan projek tersebut yang kini dianggap sebagai misteri.

“Kita bimbang apakah projek tersebut bakal menwujudkan sebuah wilayah China di bumi Pahang,” katanya di Kuantan.

Menurutnya projek itu berbentuk ‘bilateral pacts” di mana dikatakan Malaysia juga memiliki kawasan yang hampir sama luas di wilayah Qinzhou, China. – HARAKAHDAILY 10/10/2017

(Ikuti pendedah lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

- Advertisement -