‘Blind spot’ disebalik kebakaran tahfiz

- Advertisement -

APABILA isu kebakaran tahfiz timbul, ada pihak yang kalut ambil peluang untuk menghentam tahfiz dengan dibangkitkan kelemahan pelbagai tanpa dilihat mempunyai hasrat untuk membantu dan mempertingkatkan mutunya.

- Advertisement -

Selepas terbongkar ianya berlaku angkara tujuh orang anak remaja, yang menghentam tahfiz sebelumnya langsung tiada “riak risik” meminta maaf atau menarik balik tuduhan mereka sebelum ini. Ramai juga yang menyatakan hasrat perlu diberikan pendidikan dan sebagainya remaja yang melakukan jenayah tersebut.

Dari satu sudut lain yang terlindung (blind spot), tiada yang melihat bahawa kes-kes jenayah remaja (juvana) tidak mampu diselesaikan oleh undang-undang konvensional seterusnya penyelesaiannya perlu kembali kepada undang-undang Islam.

Jenayah pada hari ini sebahagian besarnya berlaku akibat daripada penjenayah yang sudah mula berjinak-jinak dengan jenayah sejak umur remaja sebelum 18 tahun. Dahulunya, jika penjenayah remaja terlalu tegar, seperti membunuh atau merompak sebelum umur 18 tahun, polis memasukkan mereka ke penjara dibawah EO justeru jika ditangkap dan didakwa di bawah undang-undang biasa, mereka akan terlepas dan mengulangi kesalahan yang sama. Apabila mencapai umur 18 tahun, mereka sudah sebati dengan jenayah sehingga sukar untuk mereka dibendung lagi.

Dari sudut lain, ada sindiket yang menggunakan budak belasan di bawah 18 tahun justeru jika mereka ditangkap, maka mereka tidak akan dihukum bahkan diberi amaran, tindakan tatatertib dan lain-lainnya yang dilihat tidak setimpal dengan kesalahan mereka. Ini antara faktor yang menyebabkan mereka akan menjadi penjenayah tegar apabila melewati umur 18 tahun.

Tetapi jika dilihat dari sudut undang-undang Islam, semua pesalah dalam kes pembakaran maahad tahfiz ini akan dihukum Qisas dan mereka tertakluk sepenuhnya dengan hukum jenayah Islam apabila mereka mencapai umur akil dan baligh.

Dari segi logik, tidak munasabah jika seseorang berumur 18 tahun dikecualikan hukuman jenayah menurut kebiasaan justeru untuk memahami seperti membunuh adalah salah, mencederakan adalah salah, memukul adalan salah dan lain-lain kesalahan jenayah adalah salah tidak perlu menunggu umur 18 tahun.

Bagi saya, had umur 18 tahun dalam konteks perundangan konvensional adalah tidak masuk akal dan tiada kemunasabahan. Tambahan pula, menetapkan umur 18 tahun sebagai had sempadan tertakluk kesalahan jenayah dibuat oleh orang-orang barat manusia yang mempunyai akal sempit manakala dan menetapkan had umur akil dan baligh adalah ketetapan Allah, tuhan yang mencipta manusia dan akal manusia. Takkanlah anda sebagai seorang muslim yang beriman lebih yakin dengan manusia berbanding tuhan? – HARAKAHDAILY 9/10/2017

- Advertisement -