ARC jadi fenomena anak muda

- Advertisement -

ALTERNATIVE Riding Club (ARC) kini menjadi fenomena baru anak-anak muda. Sekarang boleh ditemui di mana-mana anak muda berbaju T hijau bertulis ARC.

- Advertisement -

Pengarah ARC Kelantan, Sazali Nor Saham berkata, ARC ditubuh di bawah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia.

Katanya kelab itu mempunyai peranan besar dalam gerak kerja dakwah dan politik.

“ARC seperti ‘road runner’. Mereka akan menyampaikan apa sahaja maklumat mengenai program PAS seperti ceramah, taklimat dan sebagainya.

“Justeru, saya berharap setiap cawangan PAS kena ada wakil ARC, sekurang-kurang lima ahli ARC dikira sudah mencukupi,” katanya pada majlis santai muhibbah ARC Tumpat.

Program itu diadakan sempena pelancaran logo baru ARC Tumpat yang dilakukan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Tumpat, Ustaz Mohd Hushaimi Hussian,

Naib ketua Pemuda PAS Tumpat, Mohd Nazri Abdullah; Ketua ARC Tumpat, Musrahimie Mohd Suhaimin dan 62 ahli ARC Tumpat. – HARAKAHDAILY 9/10/2017

- Advertisement -