Dalam masjid pun ada syaitan?

- Advertisement -

PADA tahun 1976, Almarhum Ustaz Hasan Shukri yang ketika itu merupakan SU Agong PAS pernah sebut kepada Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Pengerusi Lembaga Disiplin PAS sekarang.

- Advertisement -

Kata Ustaz Hassan, “Kalau dalam masjid pun ada syaitan, maka jangan ingat dalam PAS ini semuanya malaikat.”

Suatu nasihat yang berpijak di bumi nyata. PAS bukan sebuah gerakan yang sempurna dan tip top daripada segenap segi. Ada ketikanya PAS bertindak sebagai hospital yang menerima kemasukan pelbagai ragam pesakit. Ada yang sedia untuk dirawat lalu pulih. Ada yang keras kepala melawan nasihat doktor dan akhirnya lari daripada hospital. Maka mereka ini tak berjaya diubati. Tapi ini bukan salah hospital.

Peratusan yang engkar arahan makan ubat lalu bertindak lari dari hospital ini tak ramai. Adalah beberapa belas orang. Tapi biasalah bagi media. Beribu pesakit yang pulih tak dilaporkan. Ada seorang dua yang terjun lari dari hospital, itulah yang menjadi berita sensasi.

Kenapa media tak jadikan berita sensasi apabila mesyuarat bulanan PAS Pusat meluluskan permohonan lebih dua ribu ahli baru setiap bulan? Yang istihar keluar parti beberapa belas orang dalam masa empat tahun, itulah dia kononnya berita panas. Kita cukup faham dengan trend dekat-dekat dengan pilihan raya. Pastinya akan ada orang PAS yang isytihar masuk Umno atas pentas ceramah Umno. Siapa mereka? Tanyalah orang tempatan. Pastinya orang tempatan akan senyum sinis.

PAS adalah gerakan massa. Bukan sebuah gerakan elit yang selektif dan eksklusif. Semua kelompok masyarakat dipersilakan bernaung di bawah teduhan wadah perjuangan Islam yang dibawa PAS. – HARAKAHDAILY 7/10/2017

- Advertisement -