Mapim alu-alukan kerjasama Hamas dan Fatah

- Advertisement -

MAPIM menyambut baik kerjasama Fatah dan Hamas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan .

- Advertisement -

Persetujuan yang dicapai di Moscow itu merupakan petanda positif untuk melangkah kehadapan bagi membela dan membebaskan Palestin yang sudah berada dalam cengkaman Israel lebih 70 tahun.

Jelas ini memungkinkan rakyat Palestin di seluruh tanah yang dijajah oleh Israel dapat bersatu memperjuangkan bersama dalam satu gabungan membela hak rakyat Palestin .

Apatah lagi persepakatan ini juga melibatkan kelompok Jihad Islam yang sekian lama tidak pernah dilibatkan dalam sebarang perundingan.

Perselisihan antara Hamas dan Fatah bermula sejak Hamas memenangi pilihanraya di Gaza pada 2006. Akibatnya rakyat Palestin tersepit dalam krisis politik dalaman antara kedua-dua wadah tersebut. Israel dan Amerika Syarikat telah mengambil kesempatan untuk terus menindas warga Palestin .

Persetujuan ini boleh melangkah jauh untuk berdepan dengan hegemoni Israel dan Amerika Syarikat yang terus menghalang usha mengembalikan hak rakyat Palestin ke atas tanah air mereka yang asal.

Walaupun sebelum ini sudah ada persepakatan antara Hamas dan Fatah, adalah diharap persetujuan kali ini akan menjadi lebih mantap.

Mapim berpendapat bahawa keadaan kini jauh lebih mencabar terutama dengan administrasi yang baru di Amerika Syarikat serta pergolakkan terbaru antara Saudi bersama Emirat, Mesir dengan Qatar. Kini Amerika dan Israel sedang mencatur untuk memecahkan kesapakatan negara – negara Arab bila berdepan dengan Israel.

Persetujuan yang dicapai tersebut , walaupun belum sempurna , namun sekurang-kurangnya membentuk jalur untuk berunding bagi menegaskan dengan satu suara bahawa Israel adalah negara haram dan hak rakyat Palestin mesti dikembalikan.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Mapim – HARAKAHDAILY 7/10/2017

- Advertisement -