Islam tolak sekularisme, Malaysian-Malaysia, Cauvinis

- Advertisement -

ISLAM mampu membawa perubahan yang holistik yang tidak boleh dilakukan oleh agama dan ideologi lain, kerana semua sifat dan ciri yang positif dalam skop agama dan ideologi ada di dalam Islam dan menolak semua aspek negatif daripada semua pihak. Malahan Islam itu lebih sempurna daripada kedua-duanya, kerana banyak perkara dalam Islam tidak termasuk dalam lingkungan agama dan ideologi yang diketahui umum mengikut bahasa mereka.

- Advertisement -

Maka Islam menolak teori sekularisma, Malaysian Malaysia dan cauvinis perkauman tanpa menafikan wujudnya kehidupan duniawi. Adanya kaum dan sifat kasih tehadap kaumnya adalah naluri kemanusiaan, namun sikap cauvinis boleh mencetuskan pertembungan di antara kaum, sehingga boleh merosakkan konsep Masyarakat Madani yang saksama dan menjadi naluri manusia. Tegasnya, Islam mempunyai penyelesaiannya yang tersendiri dengan konsep tanpa paksaan dalam beragama dan berbangsa.  

Islam mampu membawa perubahan holistik kerana datangnya daripada Allah Pencipta Alam yang Maha Mengetahui akan fitrah manusia dan tujuan mereka diciptakan di alam dunia ini.

Firman Allah SWT:
 
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik, serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah Al-Isra’: 70)

>>>>Ikuti artikel lanjut Tuan Guru Presiden PAS dalam Harakah Cetak edisi Isnin – 2287 >>>

- Advertisement -